Bernama
Barisan kepimpinan FAM perlu dibarisi muka baharu, ikhlas bekerja – Azzuddin
Bekas Setiausaha Agung FAM Datuk Seri Azzuddin Ahmad berkata perubahan secara menyeluruh terhadap barisan kepimpinan badan memayungi sukan nombor satu negara itu berpotensi memacu bola sepak negara ke tahap cemerlang pada masa hadapan.
Polis bongkar sindiket jadikan inap desa tempat simpanan dadah, tahan empat...
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Fadil Marsus berkata empat lelaki berusia 23 hingga 32 tahun turut ditahan dalam serbuan berkenaan dan 250 bungkusan plastik teh berisi dadah disyaki jenis syabu seberat 261 kilogram dianggarkan bernilai RM13 juta dirampas.
2,554 fail pusaka bernilai kecil diselesaikan Amanah Raya pada 2025 –...
Kementerian Kewangan menerusi jawapan bertulis yang disiarkan di laman sesawang Parlimen berkata Amanah Raya mengenakan struktur caj secara berperingkat dan berpatutan.
JIM tahan 19 wanita warga asing, bongkar pusat kecantikan tawar khidmat...
Ketua Pengarah Imigresen Datuk Zakaria Shaaban berkata modus operandi premis itu adalah menggunakan lesen yang sah sebagai pusat kecantikan dan spa dengan memaparkan papan tanda dan perkhidmatan rawatan kecantikan bagi mengaburi pihak berkuasa.
Ringgit naik kepada 3.9130 berbanding dolar AS, disokong asas ekonomi kukuh
Pembukaan dagangan hari ini meletakkan ringgit menghampiri paras paling kukuh berbanding dolar AS sejak April 2018, apabila ia mencecah paras 3.9030.
Lisa Blackpink dilantik Duta Amazing Thailand
Lalisa “Lisa” Manobal daripada kumpulan Blackpink dilantik sebagai Duta Amazing Thailand di bawah kempen “Feel All the Feelings”.
Saya sudah sampai ke tahap hilang sabar! -PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi amaran bahawa kerajaan tidak lagi boleh bertolak-ansur dengan kelemahan penguatkuasaan dan tadbir urus yang tidak ditangani dengan serius.
Lupa dihantar ke pengasuh, budak maut tertinggal dalam kereta 9 jam
SEREMBAN, 27 Jan (Bernama) -- Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun ditemukan meninggal dunia selepas dipercayai tertinggal dalam sebuah kereta di Jalan Tunku Hassan, di sini petang tadi.
Ketua Polis Daerah Seremban ACP Azahar Abdul Rahim berkata pihaknya menerima panggilan MERS 999 kira-kira 6.15 petang memaklumkan kematian kanak-kanak berkenaan.
Beliau berkata siasatan awal mendapati mangsa ditemukan tidak sedarkan diri di dalam kereta selepas dipercayai ditinggalkan oleh ibunya berusia 35 tahun pada 8 pagi yang bekerja di sebuah bank berhampiran.
"Ibu mangsa dikatakan terlupa menghantar anaknya ke tempat pengasuh dan kejadian hanya disedari kira-kira 5 petang selepas ibu mangsa selesai bekerja,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Azahar berkata mangsa disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan Hospital Tuanku Ja’afar Seremban sebelum dihantar ke Hospital Rembau untuk bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian.
Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan ibu kepada mangsa ditahan bagi membantu siasatan.
-- BERNAMA
Ketua Polis Daerah Seremban ACP Azahar Abdul Rahim berkata pihaknya menerima panggilan MERS 999 kira-kira 6.15 petang memaklumkan kematian kanak-kanak berkenaan.
Harga barang masih stabil, tiada kenaikan luar biasa – KPDN P....
Pemantauan harian oleh Pegawai Pemantau Harga (PPH) serta analisis perbandingan harga antara Disember dan bulan ini mendapati tidak wujud kenaikan harga luar biasa seperti didakwa.
Pinjaman ‘Buy Now Pay Later’ cecah RM4.9 bilion
Setakat 31 Disember, jumlah BNPL yang tidak berbayar (overdue) adalah terkawal iaitu RM160.2 juta atau 3.3 peratus daripada jumlah keseluruhan pinjaman BNPL.
Angka ini mencerminkan bahawa beban hutang pengguna BNPL adalah terurus.

















