Monday, September 14, 2026
Home Penulis Artikel Oleh Bernama

Bernama

32813 Artikel 0 Komen

10 NGO lapor polis berhubung doa pemimpin Pas di Selangor

Wakil gabungan NGO itu, Ishak Harun berkata doa yang dibacakan dalam program tersebut dilihat menyentuh beberapa perkara yang boleh mendatangkan fitnah dan gambaran salah terhadap agama Islam.

Penjawat awam tidak akan dikurangkan

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Joseph Entulu Belaun berkata, kerajaan juga tidak bersetuju dengan dakwaan sesetengah pihak yang menyatakan jumlah penjawat awam negara ini terlalu ramai termasuk  membandingkan Malaysia dengan negara-negara lain.

Pusat operasi cuaca dan gempa bumi Sabah ditambah baik

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) Datuk Seri Wilfred Madius Tangau berkata, sebanyak 15 lagi stesen seismik ditambah kepada komponen pengumpulan data dan maklumat pusat berkenaan baru-baru ini dengan kos sebanyak RM12.1 juta.

30,000 pelajar terima manfaat Tuisyen Rakyat@KKLW tahun ini

"Program ini menyasarkan pelajar dari keluarga kurang berkemampuan khususnya di luar bandar dengan subjek yang dianggap sebagai killer subject seperti Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains," kata Ismail Sabri.

MPS, MPN bergabung jadi MBS

Kerajaan Negeri Sembilan akan mengisytiharkan penggabungan secara rasmi Majlis Perbandaran Seremban (MPS) dan Majlis Perbandaran Nilai (MPN) menjadi satu pentadbiran, dikenali sebagai Majlis Bandaraya Seremban (MBS), pada 21 April depan.

Pusat rekreasi Hutan Lipur Gunung Berlumut ditutup

Pusat rekreasi Hutan Lipur Gunung Berlumut, Kluang ditutup mulai hari ini berikutan terdapat laporan dua kanak-kanak dijangkiti virus kencing tikus setelah mengunjungi kawasan berkenaan pada 16 Februari lepas.

Harga siling tiket penerbangan domestik sedang dirangka

Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Ab Aziz Kaprawi berkata, melalui Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM), cadangan penetapan harga itu dijangka diselesaikan sebelum pertengahan tahun ini.

PRU14: Umum calon awal elak sabotaj

Langkah Barisan Nasional (BN) mengumumkan calon Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lebih awal adalah tepat bagi mengelak unsur sabotaj terhadap parti dan calon yang dipilih, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Kip, Zulfahmi gagal dapatkan mata pada GP Qatar

Dua pelumba Moto2 Malaysia, Khairul Idham Pawi dan Zulfahmi Khairuddin, gagal mengutip sebarang mata pada perlumbaan pembukaan Kejohanan Motosikal Dunia, Grand Prix Qatar di Litar Losail pada Ahad.

BN mungkin umum calon lebih awal

Kalau ada sesuatu permasalahan di kawasan itu kita ada masa untuk betulkan. Juga persediaan untuk yang jadi calon sebab dia dah tau jadi calon. - Datuk Seri Najib Razak.