Bernama
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan selamat menyambut Hari Kebangsaan ke-69
Ucapan berkenaan dizahirkan menerusi hantaran di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, hari ini.
Serangan pertama sejak akhir Julai, AS bedil pelancar Iran di Pulau...
Beliau berkata tentera AS “memantau kawasan itu dengan rapi dan kekal bersedia melindungi kelancaran perdagangan” melalui laluan perairan strategik berkenaan.
781 maut, 2,502 masih hilang dalam bencana gelongsoran lumpur di Nepal
Sementara itu, Lembaga Pelancongan Nepal berkata seramai 591 warga asing masih belum dapat dihubungi sehingga waktu yang sama.
Jumlah rakyat Malaysia tidak dapat dihubungi kekal 36 di China, 55...
Jumlah rakyat Malaysia yang dilaporkan tidak dapat dihubungi kekal 36 orang di China dan 55 orang di Nepal, meskipun sebelum ini dilaporkan tiga rakyat Malaysia merupakan antara warga asing yang belum dapat dikesan susulan kejadian gelongsoran lumpur di Pelabuhan Gyirong, Xizang, China.
Bahan cemar kebakaran hutan Indonesia boleh sampai ke Malaysia, Singapura, Brunei
Bahan cemar daripada asap kebakaran hutan dan tanah di Sumatera serta Kalimantan, Indonesia dilaporkan bergerak menuju ke Selat Melaka dan Laut Natuna, sekali gus meningkatkan risiko jerebu rentas sempadan yang boleh menjejaskan Malaysia, Singapura dan Brunei.
Empat ditahan kes lelaki parah diserang di Kajang
Polis menahan empat lelaki tempatan bagi membantu siasatan kes seorang lelaki diserang dengan menggunakan senjata tajam di tepi jalan dekat Taman West Country, Kajang awal pagi semalam.
Warga maya kongsi petua saksi perarakan Hari Kebangsaan
Daripada memilih lokasi terbaik, merancang pengangkutan dan parkir hinggalah menyediakan tikar, kipas mini serta bekalan makanan,
SMART siap siaga bantu operasi SAR, tunggu keputusan rasmi Kerajaan Nepal...
NADMA sedang melaksanakan arahan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung keputusan Kerajaan MADANI untuk mengatur gerak SMART ke Nepal.
Pelajar Malaysia di Wellington semarakkan merdeka dengan mendaki Paekākāriki Escarpment Track
Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke New Zealand Abu Bakar Mamat berkata sambutan Hari Kebangsaan di luar negara membawa makna tersendiri, khususnya dalam mengingatkan rakyat Malaysia mengenai nilai perpaduan dan kebersamaan meskipun berada jauh dari tanah air.
PMKS dengan pendapatan kurang RM3 juta tidak wajib laksana e-Invois
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) dalam kenyataan berkata ia selaras dengan pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Majlis Amanat Perdana Hari Kebangsaan 2026 pada hari ini untuk menaikkan nilai ambang pelaksanaan e-Invois itu berkuat kuasa mulai 1 Sept.

















