Hari Anggara
PM Meluncurkan Warisan KL
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (dua kiri) diberi penerangan ketika melihat replika tapak pada Majlis Peluncuran Warisan Kuala Lumpur di Menara 1 DBKL, Kuala Lumpur. Foto HARI ANGGARA, 25 APRIL 2025.
Hujan Lebat Berterusan, Kampung Kubu Gajah Terima Musibah Banjir
Penduduk membersihkan kediaman yang terjejas selepas rumah mereka dimasuki air banjir berikutan hujan lebat berterusan awal pagi tadi ketika tinjauan lensa Malaysiagazette di sekitar kampung Kubu Gajah, Sungai Buloh. Foto HARI ANGGARA, 23 APRIL 2025.
Sindiket Pemalsuan Dokumen JPN, 12 Individu Didakwa Mahkamah
12 individu yang didakwa atas pertuduhan pemalsuan dokumen Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) diiring oleh peguatkuasa dari JPN tiba di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. Foto HARI ANGGARA, 23 APRIL 2025.
Sultan Perak Berkenan Rasmi Buku Helang Samudera: Perisai Maritim Negara
Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah (tengah) berkenan melakukan lawatan ke ruang pameran ketika hadir pada Majlis Peluncuran Coffee Table Book, Buku Helang Samudera: Perisai Maritim Negara oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia di Hotel Marriot, Putrajaya. Foto HARI ANGGARA, 22 APRIL 2025.
Warga Asing di Medan Imbi Kena Serbu #Imigresen
Sebahagian warga asing yang ditahan dibawa menaiki trak selepas Operasi Bersepadu Jabatan Imigresen di sekitar Medan Imbi, Kuala Lumpur. Foto HARI ANGGARA, 17 APRIL 2025
Jenazah Tun Abdullah Badawi Dibawa Keluar Dari IJN
Jenazah Tun Abdullah Ahmad Badawi dibawa keluar dari IJN sambil ditemani anaknya, Nori Abdullah Badawi (dua kiri) kira-kira jam 8.57 malan dan terus ke rumahnya di Kuala Lumpur. Foto HARI ANGGARA, 14 APRIL 2025.
Anwar Bisik Apa Tu Pada Zahid?
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (kiri) berbisik sesuatu pada timbalannya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi ketika hadir pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Lebaran Kasih di Sri Satria, Putrajaya. Foto HARI ANGGARA, 13 APRIL 2025.
Tun M Buka Kapsul Masa Wawasan 2020
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menunjukkan duit lama RM2 yang disimpan di dalam KapsuĊ Masa selepas hampir tiga dekad tersimpan pada Majlis Pembukaan Kapsul Masa Wawasan 2020 di Menara Kuala Lumpur, Foto HARI ANGGARA, 13 APRIL 2025.
Ibu dan Bapa Zayn Rayyan Hadir Ke Mahkamah
Bapa kepada kanak-kanak autistik Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin, Zaim Ikhwan Zahari tiba berkerusi roda di pekarangan Mahkamah bagi perbicaraan pertuduhan pengabaian anaknya itu di Kompleks Mahkamah Petaling Jaya, Selangor. Foto HARI ANGGARA, 09 APRIL 2025.
Pusat Repositori Konservasi Seni Negara
Pusat Repository Konservasi Seni Negara (Art Hospital) merupakan tempat penyelidikan koleksi, demonstrasi dan pengkaji seni serta bahan-bahan arkib. Kerja-kerja akhir proses konservasi juga dapat disaksikan di Balai Seni Negara, Kuala Lumpur. Foto HARI ANGGARA, 08 APRIL 2025.

















