Tuesday, December 24, 2024
Home Penulis Artikel Oleh Lensa MalaysiaGazette

Lensa MalaysiaGazette

1720 Artikel 0 Komen

Suhaizan Kayat Selesai Angkat Sumpah Ahli Parlimen Pulai Baharu

Ahli Parlimen Pulai yang baharu, Suhaizan Kayat selepas mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen Pulai pada Persidangan Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur. Foto JABATAN PENERANGAN MALAYSIA, 19 SEPTEMBER 2023.

Suasana Himpunan Selamatkan Malaysia

Peserta memegang plakad isu DNAA Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tanda bantahan pada Himpunan Aman Selamatkan Malaysia ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di hadapan Sogo, Kuala Lumpur. Foto WAN NABIL NASIR, 16 SEPTEMBER 2023

Najib Razak, Irwan Serigar di Mahkamah Kuala Lumpur

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dibawa keluar dari mahkamah selepas sebutan keputusan representasi beliau dan bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah bagi membatalkan enam pertuduhan pecah amanah membabitkan harta kerajaan Malaysia berjumlah RM6.6 bilion berkaitan bayaran kepada International Petroleum Investment Company di depan Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin di Mahkamah Tinggi Jenayah, Jalan Duta. Foto MOHD ADZLAN, 15 SEPTEMBER 2023.

PMX Anwar Bentang Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMK12) di Parlimen

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Menteri Ekonomi Rafizi Ramli (kanan) menunjukkan dokumen Rancangan Malaysia Kedua Belas 2021-2025 (RMK12) pada Sidang Dewan Rakyat Penggal Kedua Parlimen Ke-15 di Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 11 SEPTEMBER 2023.

Ahli-Ahli Parlimen Hadir Sidang Dewan Rakyat

Perdana Menteri yang juga Ahli Parlimen Tambun, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir membentangkan Rancangan Malaysia Kedua Belas 2021-2025 (RMK12) ditemani isterinya yang juga Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail pada Sidang Dewan Rakyat Penggal Kedua Parlimen ke-15 di Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 11 SEPTEMBER 2023.

Mohamad Hasan Saksi Serah Terima Tugas Panglima Angkatan Tentera Malaysia

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hassan menyaksikan penyerahan dokumen tugas oleh mantan Panglima Angkatan Tentera, Tan Sri Affendi Buang (kiri) kepada Panglima Angkatan Tentera yang baharu, Jeneral Tan Sri Mohammad Ab. Rahman (kanan) pada Majlis Penyampaian Pangkat Panglima Tentera Darat ke-30 dan Majlis Serah Terima Tugas Panglima Angkatan Tentera di Wisma Pertahanan, Kuala Lumpur. Foto WAN NABIL NASIR, 06 SEPTEMBER 2023.

Majlis Menandatangani Perjanjian Kerjasama Antara MalaysiaGazette dan Datumcorp

Ketua Pegawai Eksekutif MalaysiaGazette, Noraini Abd Razak (dua kanan) bergambar bersama Ahli Lembaga Pengarah DatumCorp International Sdn Bhd, Azilah Arshad (dua kiri) dan Ahli Lembaga Pengarah DatumCorp International Sdn Bhd, Md Kamarzan Md Rais (tengah) selepas menandatangani Memorandum Perjanjian Kerjasama di antara MalaysiaGazette dan DatumCorp International di Datum Jelatek, Kuala Lumpur. Foto FAREEZ FADZIL, 05 SEPTEMBER 2023.

Istiadat Perbarisan Penghargaan Panglima Tentera Darat Ke-29

Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Mohammad Ab. Rahman memeriksa perbarisan pada Istiadat Perbarisan Penghargaan Panglima Tentera Darat Malaysia Ke-29 di Dataran Panglima Tentera Darat, Kem Perdana Sungai Besi, Kuala Lumpur. Foto WAN NABIL NASIR, 05 SEPTEMBER 2023.

LENSA MG | Hari Kebangsaan 2023 Disambut Meriah

Seorang kanak kanak cilik yang memakai seragam Angkatan Tentera Malaysia (ATM) membuat tabik hormat semasa perarakan sempena Sambutan Hari Kebangsaan 2023 di Dataran Putrajaya, Putrajaya. Foto WAN NABIL NASIR, 31 OGOS 2023.

Gelagat Mesra Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah #HariKebangsaan2023

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bersama Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan beramah mesra dengan peserta selepas Sambutan Hari Kebangsaan 2023 di Dataran Putrajaya. Foto JABATAN PENERANGAN MALAYSIA, 31 OGOS 2023.