Lensa MalaysiaGazette
Daily Life – Cuaca Panas
Gelagat sekumpulan kanak-kanak semasa bermandi-manda berikutan cuaca panas semasa tinjauan Lensa Malaysia Gazette di sekitar kawasan Puncak Jalil, Selangor. foto NOOREEZA HASHIM, 19 APRIL 2019.
Daily Life – Seni Tatu India
Pencacah tatu, Biwan Obey sedang menghasilkan tatu pada tangan seorang pelancong dari India, Priya Arumugam ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di SK Tatto Studio, Chinatown Petaling Street, Kuala Lumpur. foto NOOREEZA HASHIM, 16 APRIL 2019.
Daily Life – Duit Mayat
Lipatan kertas berbentuk teratai merupakan duit yang digunakan dalam upacara sembahyang merupakan sebahagian dari peralatan yang digunakan dalam upacara sembahyang masyarakat Tiong Hua ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Kedai Barangan Sembahyang Chean Fatt, Seri Kembangan, Selangor. foto NOOREEZA HASHIM, 15 APRIL 2019.
Reaksi Najib Bila Perbicaraan Sambung Esok
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hadir untuk bicara kes berhubung dana RM42 juta milik syarikat SRC International Sdn Bhd di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. foto IQBAL BASRI, 15 APRIL 2019
LENSA MG – Asia BMX Championship 2019
Antara aksi peserta dari kategori lelaki junior pada Kejohanan Asia BMX Championship 2019 di Veledrom Nasional Malaysia, Nilai, Negeri Sembilan. foto IQBAL BASRI, 13 APRIL 2019
Zuraida Lancar Gotong-Royong Perdana Basmi Denggi KPKT 2019
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin turut membersihkan sistem perparitan bersama penduduk pada Majlis Pelancaran Program Gotong-Royong Perdana Basmi Denggi KPKT 2019 di Pangsapuri Ampang Mewah, Kuala Lumpur. foto IQBAL BASRI, 14 APRIL 2019
Malam Kegembiraan, Kemenangan dan Sejarah Mohamad Hasan #Tok Mat
Reaksi calon BN, Datuk Seri Mohamad Hasan dihadapan penyokong-penyokong yang hadir selepas diumumkan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Rantau yang baharu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) N.27 Rantau di Pusat Penjumlahan Rasmi Undi di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (C) Chuang Hua, Rantau, Negeri Sembilan. foto HAZROL ZAINAL, 13 APRIL 2019.
Calon PH, Dr. Streram diiringi Polis Selepas Tewas #PRK Rantau
Calon PH, Dr. S. Streram meninggalkan Bilik Gerakan Utama Pakatan Harapan selepas mengetahui keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) N.27 Rantau di Bandar Ekar, Rantau, Negeri Sembilan. foto NOOREEZA HASHIM, 13 APRIL 2019.
Daily Life – Peti-peti Undi Tiba di Pusat Penjumlahan Undi #PRK...
Pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) membawa kotak undi tiba dari pusat mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) N. 27 Rantau di Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Bandar Sri Sendayan, Negeri Sembilan. foto HAZROL ZAINAL, 13 APRIL 2019.
Calon-Calon Tinjau Proses Undi dan Pengundi Rantau
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Azhar Azizan Harun mengatakan sesuatu dengan calon BN, Datuk Seri Mohamad Hasan sewaktu meluangkan masa melawat pusat mengundi pada hari pengundian sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) N. 27 Rantau di Sekolah Kebangsaan Nyatoh, Negeri Sembilan. foto HAZROL ZAINAL, 13 APRIL 2019.

















