Lensa MalaysiaGazette
Najib Makan Asam Pedas Dengan Calon BN PRK Semenyih
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bersama calon BN PRK N.24 Semenyih, Zakaria Hanafi ketika singgah untuk makan tengah hari di Gerai Asam Pedas Klebang Semenyih, Selangor. foto IQBAL BASRI, 15 FEBRUARI 2019
Pakatan Harapan dan Barisan Nasional Perkenal Calon PRK Semenyih
Timbalan Presiden Pakatan Harapan, Tan Sri Muhyiddin Yassin diiringi Naib Presiden Pakatan Harapan, Datuk Seri Azmin Ali dan Naib Presiden Pakatan Harapan, Datuk Seri Mukhriz bersorak sambil mengangkat tangan bersama Calon Pakatan Harapan, Muhammad Aiman Zainali (tengah) pada Majlis Pengumuman Calon Pakatan Harapan PRK N.24 Semenyih di Taman Pelangi, Semenyih. foto SYAFIQ AMBAK, 14 FEBRUARI 2019
SALAHUDDIN MENANGIS! Air Mata Mengalir Ketika Baca Surat Petani
Reaksi terharu Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub ketika membaca surat yang dibawa wakil petani dari Pertubuhan Peladang Kawasan Sungai Besar, Ibas Hamud, 77 (kiri) pada Majlis Pelancaran Hala Tuju Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani 2019-2020 di MAEPS Serdang, Selangor. foto IQBAL BASRI, 14 FEBRUARI 2019
Inkues Lokasi Kematian Bekas Anggota Bomba, Allahyarham Muhammad Adib
Koroner, Rofiah Mohamad (tengah) hadir bersama saksi anggota bomba, Ahmad Shahril Othman (tiga kiri) pada lawatan Mahkamah Koroner untuk mendapatkan gambaran jelas mengenai lokasi kejadian rusuhan dan punca kematian Anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Subang Jaya, Allahyarham Muhammad Adib Mohd. Kassim di sekitar Kuil Sri Maha Mariamman Seafield, Subang Jaya, Selangor. foto IQBAL BASRI, 12 FEBRUARI 2019.
Maszlee Malik Pecah Tanah Sekolah
Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik menyempurnakan gimik pecah tanah pada Majlis Pecah Tanah Sekolah Kebangsaan Taman Pelangi, Hulu Langat, Selangor. foto IQBAL BASRI, 11 FEBRUARI 2019
Kuala Lumpur Daily Life #2019
Seorang wanita berjalan menggunakan payung berikutan cuaca panas ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di sekitar Jalan Ampang, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 08 FEBRUARI 2019
Vandalisme di Klang
Jalan-jalan utama sekitar pelabuhan klang turut ditampal dengan poster iklan haram pada tinjauan bersama pegawai Majlis Perbandaran Klang dan Jabatan Kerja Raya mengenai vandalisme dan kecurian di sekitar Pelabuhan Klang, Selangor. foto IQBAL BASRI, 01 FEBRUARI 2019
Anthony Loke Serah Sumbangan Mangsa-mangsa Kebakaran Kuaters Kakitangan KTMB
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke diiringi Pengurus Besar Perbadanan Aset Kereta Api (RAC), Azhar Ahmad (kiri) meluangkan masa melawat rumah kuaters KTMB pada Majlis Penyerahan Sumbangan Perbadanan Aset Kereta Api (RAC) kepada mangsa-mangsa kebakaran kuaters kakitangan KTMB di Lengkuk Abdullah, Bangsar, Kuala Lumpur. foto IQBAL BASRI, 31 JANUARI 2019
TERKINI : Sultan Abdullah Memeriksa Kawalan Kehormat dan Panji-Panji di Parlimen
TERKINI : Sultan Abdullah Memeriksa Kawalan Kehormat dan Panji-Panji di Parlimen
Istiadat Keberangkatan Tiba Yang di-Pertuan Agong ke 16
Sultan Pahang, Sultan Abdullah Ahmad Shah diiringi Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Almarhum berkenan memberi tabik kepada Kawalan Kehormat Utama Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja pada Istiadat Keberangkatan Tiba Melafaz Sumpah Jawatan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke 16 turut hadir Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad di Dataran Parlimen, Kuala Lumpur. foto IQBAL BASRI, 31 JANUARI 2019

















