Lensa MalaysiaGazette
Najib #Bossku Kempen Bersama Pengundi Semenyih – PRK Semenyih
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak (dua kanan) menziarah Kapten Bersara Hj Ahmad Othman (dua kiri) dirumahnya di sebelum hadir ke sesi ceramah sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) N.24 Semenyih di Bandar Rinching, Semeyih. foto MUHAMMAD ZULHAIRI, 22 FEBRUARI 2019
Calon BN, Zakaria Hanafi Berkempen dan Ziarah Kasih
Calon BN PRK N.24 Semenyih, Zakaria Hanafi bertanyakan khabar dengan warga emas, Ramlan Ahamad, pada Program Ziarah Kasih sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) N.24 Semenyih di Taman PKNS, Beranang, Selangor. foto IQBAL BASRI, 22 FEBRUARI 2019
Daily Life – Bermula Perang Bendera BN dan PH #PRK Semenyih
Bahang kehangatan Pilihan Raya Kecil (PRK) N.24 Semenyih semakin dirasai apabila semakin banyak bendera parti-parti yang bertanding mula dinaikkan ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Kampung Rinching Hilir, Semenyih, Selangor. foto HAZROL ZAINAL, 19 FEBRUARI 2019.
Calon PH, Aiman Zainali Ramah Mesra Dengan Penduduk DUN Semenyih
Calon Pakatan Harapan PRK N24 Semenyih, Muhammad Aiman Zainali mempamerkan kebolehan bersama penduduk tempatan ketika sesi walkabout sempena Pilihan Raya Kecil N.24 Semenyih di Pasar Pagi Beranang, Selangor. foto IQBAL BASRI, 17 FEBRUARI 2019
Walkabout Calon BN, Zakaria Hanafi – PRK Semenyih
Calon BN PRK N.24 Semenyih, Zakaria Hanafi (dua kiri) diiringi Ahli Parlimen Semberong, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien (tiga kiri) mendengar nyayian pemuzik kurang upaya ketika sesi walkabout sempena Pilihan Raya Kecil N.24 Semenyih di Pasar Malam Tasek Kesuma, Selangor. foto MUHAMMAD ZULHAIRI, 17 FEBRUARI 2019
Calon PH, Aiman Zainali Ziarah Pusara Allahyarham Bapa Mertua
Calon Pakatan Harapan PRK N24 Semenyih, Muhammad Aiman Zainali meluangkan masa ziarah kubur bekas Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Semenyih, Allahyarham Bakhtiar Mohd Nor yang juga bapa mertua beliau sempena Pilihan Raya Kecil N.24 Semenyih di Tanah Perkuburan Kampung Pasir, Semenyih, Selangor. foto IQBAL BASRI, 17 FEBRUARI 2019
Empat Penjuru Penamaan Calon PRK Semenyih – SPR
Calon Pakatan Harapan, Muhammad Aiman Zainali (dua kanan) menjulang tangan bersama Calon BN, Zakaria Hanafi (kanan), Calon Bebas, Kuan Chee Heng (dua kiri) dan Calon Parti Sosialis Malaysia (PSM), Nik Aziz (kiri) selepas selesai pengumuman rasmi pada Penamaan Calon Pilihan Raya Kecil (PRK) N.24 Semenyih 2019 di Dewan Seri Cempaka, Majlis Perbandaran Kajang, Saujana Impian, Selangor. foto IQBAL BASRI, 16 FEBRUARI 2019
Calon-Calon Berarak ke Penamaan Calon PRK Semenyih
Timbalan Presiden Pakatan Harapan, Tan Sri Muhyiddin Yassin (kanan) bersama Naib Presiden Pakatan Harapan, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali (dua kiri) mengiringi calon Pakatan Harapan PRK N24 Semenyih, Muhammad Aiman Zainali (dua kanan) berarak ke dewan pada Penamaan Calon Pilihan Raya Kecil (PRK) N.24 Semenyih 2019 di Dewan Seri Cempaka, Majlis Perbandaran Kajang, Saujana Impian, Selangor. foto IQBAL BASRI, 16 FEBRUARI 2019
Azmin Ali Lancar Jentera dan Bilik Gerakan Pemuda Pemuda Pakatan Harapan...
Naib Presiden Pakatan Harapan, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali diiringi Ahli Majlis Tertinggi Pakatan Harapan dan Calon Pakatan Harapan PRK N24 Semenyih, Muhammad Aiman Zainali bersorak pada Majlis Pelancaran Jentera dan Bilik Gerakan Pemuda Pemuda Pakatan Harapan PRK N.24 Semenyih di Taman Semenyih Parklands, Selangor. foto IQBAL BASRI, 15 FEBRUARI 2019
Persiapan Terakhir Pusat Penamaan Calon PRK N.24 Semenyih
Kelihatan petugas Suruhanjaya Pilihan Raya membuat persiapan terakhir Pusat Penamaan Calon Pilihan Raya Kecil N.24 Semenyih menjelang hari penamaan calon pada esok hari di Dewan Seri Cempaka, Majlis Perbandaran Kajang, Selangor. foto IQBAL BASRI, 15 FEBRUARI 2019

















