Lensa MalaysiaGazette
Zuraida Rasmi Pembukaan Ekspo Hartanah Malaysia (Mapex)
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin diiringi Mantan Presiden Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REDHA), Datuk Seri FD Iskandar (kiri) melawat tapak pameran selepas menyempurnakan Majlis Pembukaan Ekspo Hartanah Malaysia (Mapex) di Mid Valley Exhibition Centre (MVEC), Kuala Lumpur. foto IQBAL BASRI, 12 OKTOBER 2018
Daily Life – Upacara Perayaan Sembilan Maharaja Dewa
Penganut agama Buddha melakukan upacara keagamaan sempena sambutan Perayaan Sembilan Maharaja Dewa ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Nine Emperor Gods Temple Ampang, Selangor. foto IQBAL BASRI, 11 OKTOBER 2018
Malaysia A New Dawn
Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad diiringi Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, Gabenor Bank Negara, Datuk Nor Shamsiah Mohd Yunus (empat kanan) dan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Amiruddin Hamzah (lima kanan) bergambar kenangan bersama Ketua-Ketua Institusi Kewangan di Malaysia pada Program Malaysia A New Dawn di Hotel Shangri-La, Kuala Lumpur. foto IQBAL BASRI, 09 OKTOBER 2018
Tun Mahathir dan Anwar Ibrahim Bersatu di Pentas Ceramah Mega Pakatan...
Perdana Menteri merangkap Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Tun Dr Mahathir Mohamad diiringi Timbalan Perdana Menteri merangkap Presiden PH, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail (kanan) bersalaman bersama Ketua Umum PKR merangkap calon PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika hadir pada Ceramah Mega Pakatan Harapan sempena kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) P.132 Port Dickson di PD Waterfront, Port Dickson, Negeri Sembilan. foto FAREEZ FADZIL, 08 OKTOBER 2018
Fesyen Artis di Karpet Merah ABPBH31
Pelakon dan Penyanyi yang juga pasangan suami isteri, Fattah Amin dan Nur Fazura Sharifuddin memperagakan busana di karpet merah pada Malam Anugerah Bintang Popular Berita Harian Ke-31 (ABPBH31) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya. foto AFIQ RAZALI, 07 OKTOBER 2018.
Wany Hasrita Pemenang Anugerah ABPBH31
Wany Hasrita berucap selepas dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular Berita Harian pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian Ke-31 (ABPBH 31) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, Putrajaya. foto AFFAN FAUZI, 08 OKTOBER 2018
Lensa Malaysia Gazette Rakam Sejarah 4 Oktober 2018
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bersama isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor berjalan keluar selepas selesai mendengar beberapa pertuduhan berhubung siasatan kes SRC International Sdn Bhd dan pertuduhan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti HAram (AMLATFPUAA) 2001 di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 04 OKTOBER 2018
Azeez Rahim Bebas Reman – SPRM
Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim disambut oleh penyokongnya ketika hadir selepas direman selama sepuluh hari berhubung salah laku berkaitan kontrak Tabung Haji di Mahkamah Majistret Putrajaya, Putrajaya. foto IQBAL BASRI, 05 OKTOBER 2018.
TERKINI : “Kerajaan Perlu Dengar Suara Mahasiswa Tanpa Ada Ugutan” –...
TERKINI : "Kerajaan Perlu Dengar Suara Mahasiswa Tanpa Ada Ugutan” - Asheeq Ali
TERKINI : “Akta Halang Pelajar Terlibat Politik Dipinda” – Dr Maszlee...
TERKINI : "Akta Halang Pelajar Terlibat Politik Dipinda" - Dr Maszlee Malik

















