Lensa MalaysiaGazette
Jalan Langgak Duta Sesak di Malam Minggu
Keadaan lalu lintas sesak berikutan orang ramai mengunjungi kediaman bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bagi mendapatkan perkembangan terkini di Jalan Langgak Duta, Kuala Lumpur. foto IQBAL BASRI, 19 MEI 2018
Pelajar Tahfiz Buka Puasa di Rumah Najib
Sebahagian pelajar Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah tiba di kediaman Bkeas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk Majlis Berbuka Puasa sempena Bulan Ramadan di Jalan Langgak Duta, Kuala Lumpur. foto IQBAL BASRI, 18 MEI 2018
Daily Life – Juadah Baazar Ramadan
Peniaga, Khairul Azmil membakar daging lembu untuk dijual kepada orang ramai sebagai juadah berbuka puasa semasa tinjauan lensa Malaysia Gazette pada hari kedua berpuasa di sekitar bazaar ramadhan Sungai Penchala, Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 18 MEI 2018
Rumah Najib Kena Serbu Polis
Kenderaan polis memasuki perkarangan Mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mengambil barangan yang akan membantu siasatan berkaitan isu 1MDB di Jalan Langgak Duta, Kuala Lumpur. foto NOOR ASREKUZAIREY SALIM, 16 MEI 2018
Ribuan Penyokong PKR di Himpunan Merdeka Rakyat
Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim melambai tangan kearah ribuan penyokong yang hadir pada Himpunan Merdeka Rakyat di Padang Timur, Petaling Jaya, Selangor. foto HAZROL ZAINAL, 16 MEI 2018.
Sidang Media Pertama Selepas Pembebasan Anwar Ibrahim
Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim mencium isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sambil memeluk anaknya pada sidang media pertama selepas mendapat Pengampunan dari Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V di Bukit Segambut, Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 16 MEI 2018.
Anwar Ceria Bila Sampai Rumah
Reaksi ceria Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim sebaik tiba di kediamannya selepas mendapat Pengampunan Diraja Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V di Bukit Segambut, Kuala Lumpur. foto IQBAL BASRI, 16 MEI 2018.
Anwar Ceria Keluar Hospital Untuk Mengadap Agong
Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim kelihatan ceria semasa melambai tangan kepada para media dan penyokongnya sebaik keluar dari wad sebelum mengadap Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V di Hospital Rehabilitasi Cheras, Kuala Lumpur. foto SYAFIQ AMBAK, 16 MEI 2018
JS Pictures Rangkul Anugerah DFKL 2018
Pengarah, Jinggo (tiga kiri) bersama isterinya Shiela Rusly dan diiringi penyanyi, Ayda Jebat ketika merangkul Anugerah Drama Pilihan pada Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2018 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya. foto IQBAL BASRI, 13 MEI 2018
Tun Mahathir Umum Senarai Kabinet
Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad berucap pada sidang media Pengumuman Menteri Kabinet Malaysia yang baru di Yayasan Selangor, Petaling Jaya, Selangor. foto AFIQ RAZALI, 12 MEI 2018.