Sunday, February 23, 2025
Home Penulis Artikel Oleh Lensa MalaysiaGazette

Lensa MalaysiaGazette

1738 Artikel 0 Komen

Zuraida Kamaruddin Pada Anugerah Perkhidmatan Cemerlang KPKT

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Zuraida Kamaruddin (dua kanan) menyampaikan anugerah kepada penerima OKU, Mohd Azanni Ahmad (tengah) pada Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2020 KPKT di PICC, Putrajaya. Foto FIKRI YAZID, 30 MAC 2021.

Penduduk Petaling Jaya Siap Sedia Hadapi Gangguan Bekalan Air

Gelagat kanak-kanak, Raudhah Falisha Aniq semasa membantu datuknya, Ramli Mat Noor mengisi air sebagai persiapan gangguan bekalan air secara berjadual ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Flat Desa Mentari, Petaling Jaya, Selangor. Foto HAZROL ZAINAL, 29 MAC 2021.

Presiden dan Timbalan Pada Hari Terakhir Perhimpunan Agung UMNO #PAU2020

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hadir pada sidang media selepas Perhimpunan Agung UMNO (PAU 2020) di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL). Foto HAZROL ZAINAL, 28 MAC 2021.

Suasana Perasmian Perhimpunan Agung UMNO 2020

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berucap pada Majlis Perasmian Perhimpunan Agung UMNO 2020 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL). Foto HAZROL ZAINAL, 28 MAC 2021.

Upacara Naik Bendera Sang Saka Bangsa #PAU2020

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi diiringi Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan menaikkan Bendera Sang Saka Bangsa sempena Perhimpunan Agung UMNO 2020 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL). Foto SYAFIQ AMBAK, 28 MAC 2021.

Perkarangan Parlimen Kecoh, Anak Muda Tuntut ‘UNDI 18’

Peserta-peserta himpunan memakai pelitup muka yang tertera ÒUndi 18 NowÓ pada Himpunan Tuntut Undi 18 di hadapan Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 27 MAC 2021.

Perdana Menteri Serah Kunci Residensi Razakmas 2

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin diiringi Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa melihat persekitaran rumah yang telah siap dibina pada Majlis Penyerahan Kunci Residensi Razakmas 2 di Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur. Foto HAZROL ZAINAL, 26 MAC 2021.

Suasana dan Keadaan Sempit Rumah Kongsi Pekerja Kilang Pembuatan Mi

Keadaan tempat penginapan pekerja kilang semasa Jabatan Tenaga Kerja Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur membuat Operasi Bersepadu Penguatkuasaan Akta 446 dan Akta 342 di Taman Frim Kepong, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 25 MAC 2021.

Wartawan MG Terima Sijil Penghargaan Pada Sambutan Hari Polis Ke-214

Ketua Polis Daerah Serdang, ACP Razali Abu Samah (kanan) menyampaikan sijil penghargaan kepada wartawan Malaysia Gazette, Kamariah Khalidi pada Sambutan Peringatan Hari Polis Ke-214 Tahun 2021 di Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang, Selangor. Foto SYAFIQ AMBAK, 25 MAC 2021.

Kerja-Kerja Pembersihan di Tasik Putrajaya

Seorang pekerja pembersihan menaiki bot untuk membersihkan kawasan tasik ketika Tinjauan Lensa Malaysia Gazette di Tasik Putrajaya. Foto FIKRI YAZID, 24 MAC 2021.