Lensa MalaysiaGazette
LENSA MG | Hari Keempat Banjir Buruk Lembah Klang
Penduduk setempat duduk berehat selepas mengambil barang keperluan di kediaman mereka yang dilanda banjir akibat hujan berterusan ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Taman Seri Muda Seksyen 25, Shah Alam, Selangor. Foto AFFAN FAUZI, 21 DISEMBER 2021.
PM Lawat Mangsa Banjir di Pusat Pemindahan Sementara
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sempat beramah mesra dengan sebahagian kanak-kanak ketika melawat mangsa-mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan Telok Gong, Klang, Selangor. Foto MALAYSIA GAZETTE, 19 DISEMBER 2021.
Suasana dan Gelagat Mangsa Banjir Terkandas di Shah Alam
Penduduk menikmati makanan sambil melihat hujan berterusan sejak semalam ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Seksyen 13, Shah Alam, Selangor. Foto AFFAN FAUZI, 19 DISEMBER 2021.
LENSA MG | Banjir Kilat
Penduduk setempat meredah air banjir berikutan hujan lebat sejak semalam ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Kampung Jalan Kebun Seksyen 30 Shah Alam, Selangor. Foto AFFAN FAUZI, 18 DISEMBER 2021.
PAT Sambut Kunjungan Hormat Panglima Tentera Udara Diraja Australia
Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Affendi Buang menyampaikan cenderahati kepada Chief of Air Force (CAF) Royal Australian Air Force (RAAF), Air Marshal Mel Hupfeld (kanan) ketika mengadakan lawatan rasmi di Kementerian Pertahanan, Kuala Lumpur. Foto MALAYSIA GAZETTE, 15 DISEMBER 2021.
DUN Perak Kecoh Gara-Gara Wakil Rakyat Bawa Ayam Segar
ADUN Ulu Kinta, Muhamad Arafat Varisai Mahamad memegang seekor ayam segar membantah kenaikan harga barangan asas pada Sidang Undangan Dewan Negeri di Dewan Negeri Perak Darul Ridzuan, Perak. Foto Urusetia Dewan Negeri Perak 14 DISEMBER 2021.
Hari Pertama Aspirasi #KeluargaMalaysia
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr Adham Baba bersama Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan semasa meluangkan masa melawat tapak pameran Advance Pact sempena Program 100 Hari Aspirasi #KeluargaMalaysia di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC). Foto AFFAN FAUZI, 09 DISEMBER 2021.
Ismail Sabri Serah Kunci Residensi Kuchaimas
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob diiringi Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Shahidan Kassim melawat salah sebuah rumah selepas Majlis Penyerahan Kunci Residensi Kuchaimas di Kuchai Lama, Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 07 DISEMBER 2021.
Menteri Pertahanan, Menteri Dalam Negeri Lancar Pameran dan Persidangan DSA 2022
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein bersama Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin membuat gimik penyempurnaan Majlis Pelancaran Pameran Antarabangsa Defence Services Asia (DSA) Tahun 2022 di The State Room, St. Regis, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 03 DECEMBER 2021.
Gelagat Penyokong KL City dan JDT Sebelum Perlawanan Akhir Piala Malaysia
Gelagat para penyokong pasukan Johor Darul Ta'zim dan Kuala Lumpur City FC bergambar bagi menyaksikan Perlawanan Akhir TM Piala Malaysia 2021 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Foto AMIRUL SHAUFIQ, 30 NOVEMBER 2021.

















