Lensa MalaysiaGazette
Hilman Idham Ketuai Mesyuarat MPP AMK Cabang Seluruh Malaysia
Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Hilman Idham bersalaman bersama Ketua AMK cabang seluruh Malaysia selepas hadir pada Mesyuarat MPP AMK bersama pimpinan AMK cabang seluruh Malaysia di Rumah Pemuda, Shah Alam, Selangor. foto NOOREEZA HASHIM, 20 NOVEMBER 2019.
M. Kulasegaran Bersama Graduan Konvokesyen B40 Capacity Building NIOSH
Menteri Sumber Manusia, M. Kulasegaran diiringi Pengerusi Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH), Alice Lau Kiong Yieng beramah mesra bersama graduan pada Majlis Konvokesyen B40 Capacity Building NIOSH di Palm Garden Hotel, IOI Resort City, Putrajaya. foto NOOREEZA HASHIM, 20 NOVEMBER 2019.
Najib Razak dan Arul Kanda Hadir Perbicaraan Kes 1MDB di Mahkamah...
Reaksi Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika menghadiri perbicaraan kes 1Malaysia Developmet Berhad (1MDB) di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. foto NOOREEZA HASHIM, 20 NOVEMBER 2019
LENSA MG | Aksi-Aksi Harimau Malaya Baham Garuda 2-0 #Malaysia #Indonesia
Pemain-pemain Harimau Malaya meraikan kemenangan mereka selepas berjaya menewaskan pasukan Indonesia 2-0 pada perlawanan Malaysia dan Indonesia sempena kempen kelayakan pusingan kedua Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 19 NOVEMBER 2019
LENSA MG | Aksi-Aksi Penyokong Fanatik Malaysia-Indonesia di Stadium Bukit Jalil
Aksi seorang penyokong Harimau Malaya, Zairuni Kordi dengan mukanya diwarna dengan corak harimau ketika hadir untuk menyaksikan perlawanan Malaysia dan Indonesia pada kempen kelayakan pusingan kedua Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 19 NOVEMBER 2019
Anwar Ibrahim di Multaqa Ulama Asia Tenggara 2019
Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim beramah mesra bersama deligasi pada Program Multaqa Ulama Asia Tenggara 2019 di Movenpick Hotel and Convention Centre KLIA Sepang, Selangor. foto IQBAL BASRI, 19 NOVEMBER 2019
Tun M Hadir Majlis Penutup Multaqa Ulama Asia Tenggara 2019
Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad hadir bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mujahid Yusof pada Majlis Penutup Multaqa Ulama Asia Tenggara 2019 di Movenpick Hotel and Convention Centre KLIA Sepang, Selangor. foto IQBAL BASRI, 19 NOVEMBER 2019
Mujahid Yusof Rasmi Multaqa Ulama Asia Tenggara 2019
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mujahid Yusof diiringi Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia, Nik Omar Nik Abdul Aziz menyempurnakan gimik perasmian pada Majlis Perasmian Multaqa Ulama Asia Tenggara 2019 di Movenpick Hotel and Convention Centre KLIA Sepang, Selangor. foto IQBAL BASRI, 19 NOVEMBER 2019
Reaksi Zahid Hamidi di Mahkamah Kuala Lumpur
Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hadir perbicaraan kes 47 pertuduhan melibatkan jutaan ringgit dana Yayasan Akalbudi di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. foto IQBAL BASRI, 18 NOVEMBER 2019.
Salahuddin Ayub Rasmi Konvensyen Parti Amanah Negara Negeri Selangor kali ke-4
Timbalan Presiden Parti Amanah Negara, Datuk Salahuddin Ayub (tengah) diiringi Pengerusi Parti Amanah Negara Negeri Selangor, Izham Hashim (empat kanan) menyempurnakan gimik perasmian dengan memotong kek pada Majlis Perasmian Konvensyen Parti Amanah Negara Negeri Selangor kali ke-4 di Hotel De Palma Shah Alama, Selangor. foto IQBAL BASRI, 18 NOVEMBER 2019