Saturday, May 10, 2025
Home Penulis Artikel Oleh Lensa MalaysiaGazette

Lensa MalaysiaGazette

1765 Artikel 0 Komen

LENSA MG | Sesi Latihan Skuad Harimau Malaya di Bukit Jalil

Aksi pemain-pemain pasukan Malaysia ketika menjalani sesi latihan rasmi bagi menghadapi perlawanan antara pasukan Malaysia menentang pasukan Jordan pada 30 Ogos ini di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur. foto NOOREEZA HASHIM, 29 OGOS 2019.

292 Murid Terima Cermin Mata Percuma TNB dan THONEH

Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil (tengah) diiringi Ketua Pegawai Korporat TNB, Datuk Wira Roslan Ab. Rahman (dudu, dua kiri), Ketua Sektor Pengursan Akademik Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Abdul Aziz Md Hashim (duduk, dua kanan) dan Guru Besar SK Bukit Pantai, Shaharuddin Eusop bergambar kenangan dengan 292 murid daripada SK Bukit Pantai dan SK Bukit Bandaraya yang menerima sumbangan cermin mata Better.Brighter. Vision sempena Projek Rintis Kerjasama antara TNB dan THONEH. foto TNB NEWSROOM, 28 OGOS 2019

Tan Sri Muhyiddin Sambutan Hari Kebangsaan Ke-62 KDN

Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memasang Jalur Gemilang pada kenderaan Kementerian Dalam Negeri ketika hadir pada Sambutan Hari Kebangsaan Ke-62 Kementerian Dalam Negeri di Kompleks D,Putrajaya. foto NOOREEZA HASHIM, 28 OGOS 2019.

Dr. Dzulkefly Ahmad Lancar Bulan Kemerdekaan Kementerian Kesihatan

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad bergambar kenangan bersama sebahagian kakitangan pada Majlis Perjumpaan Bulanan dan Pelancaran Bulan Kemerdekaan Kementerian Kesihatan di Kementerian Kesihatan Malaysia, Putrajaya. foto IQBAL BASRI, 27 OGOS 2019

Daily Life – #HariKebangsaanKe62

Kelihatan pengguna laluan pejalan kaki melintasi lukisan mural Jalur Gemilang yang menghiasi dinding laluan pejalan kaki sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-62 yang bakal tiba tidak lama lagi ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di sekitar Kuala Lumpur. foto IQBAL BASRI, 26 OGOS 2019

Konvensyen Perpaduan Ummah Nasional

Pengerusi Gerakan Pembela Ummah (UMMAH), Aminuddin Yahaya bersama barisan wakil politik dan wakil UMMAH Negeri mengibarkan bendera Jalur Gemilang pada Konvensyen Perpaduan Ummah Nasional di Hotel International Kuala Lumpur. foto IQBAL BASRI, 25 OGOS 2019

“Little India” Jalan Brickfields Tenang

Suasana sekitar Little India berikutan himpunan ‘Say No To Zakir Naik, Equal Rights To Indians & Others' di Brickfields, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 24 OGOS 2019

PPIM Sokong Jualan Akhbar Utusan Melayu dan Kosmo

Ketua Aktivitis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan (kiri) bersama tetamu yang hadir menunjukan akhbar Utusan dan Kosmo sebagai tanda sokongan pada kempen menyokong jualan akhbar Utusan dan Kosmo di Kondominium Villa Puteri, Kuala Lumpur. foto NOOREEZA HASHIM, 23 OGOS 2019.

IKWAM Serah Memorandum Bantahan kepada KBS

Setiausaha Sulit Menteri Belia dan Sukan, Mohamed Amshar Aziz (dua kiri) ketika menerima memorandum membantah penukaran Kempen Hari Sukan Negara dari Bahasa Melayu kepada Bahasa Inggeris oleh Penyelaras IKWAM, Mohd Affandi Ramli (kanan) di Kementerian Belia dan Sukan, Putrajaya. foto NOOREEZA HASHIM, 23 OGOS 2019.

Sri Sutra Travel Lancar Platform SMEBizTravel

Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahawan, Dr. Anis Mahmud (tengah) bersama Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan Kumpulan SUTRA, Datuk Syed Mohd Razif Al Yahya (tiga kiri), Pengurus Jualan Koprat Air Asia, Athena Pang (dua kiri), Ketua VBS-SEA, VISA, Pimjai Athijagravudh (kiri) serta yang lain bergambar kenangan pada pelancaran platform SMEBizTravel oleh Sri Sutra Travel bagi tempahan trip perniagaan komersil Malaysia di Colony, KL Eco City, Kuala Lumpur. foto NOOREEZA HASHIM, 22 OGOS 2019.