Thursday, August 20, 2026
Home Penulis Artikel Oleh Muhaimin Marwan

Muhaimin Marwan

179 Artikel 0 Komen

LENSA MG | Istimewanya Orang Utan Borneo

Gelagat mencuit hati seekor ibu orang utan menyuapkan makanan kepada anaknya ketika lensa Malaysia Gazette di Semenggoh Wildlife Centre, Sarawak. FOTO MUHAIMIN MARWAN, 19 OGOS 2025.

Kenderaan Patriotik Jadi Tumpuan #Merdeka68

Azmi Mansor, 70 membawa kenderaannya yang dipenuhi Jalur Gemilang di sekitar ibu kota bagi menyemarakkan lagi semangat patriotik menjelang sambutan Hari Kebangsaan ke-68 pada 31 Ogos ini yang bertemakan ‘MALAYSIA MADANI: RAKYAT DISANTUNI’ ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Kuala Lumpur. Foto MUHAIMIN MARWAN, 17 OGOS 2025.

Mahkamah Tolak Rayuan Akhir Siti Bainun

Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali keluar dari mahkamah selepas Mahkamah Rayuan menolak rayuan akhirnya dan mengekalkan hukuman penjara 12 tahun atas dua pertuduhan mengabai dan menganiaya remaja perempuan sindrom down bernama Bella di Mahkamah Putrajaya. Foto MUHAIMIN MARWAN, 14 OGOS 2025

10 Suspek Termasuk 5 Pegawai Tentera Ditahan Reman #SPRM

Seramai 10 suspek termasuk lima pegawai tentera dibawa SPRM untuk permohonan reman berkaitan kes bersekongkol dengan sindiket penyeludupan senjata sejak lima tahun lalu dan dipercayai mengumpulkan hasil rasuah melebihi RM3 juta di Mahkamah Putrajaya. Foto MUHAIMIN MARWAN, 14 OGOS 2025.

Najib Tun Razak di Istana Kehakiman #TitahAdendum

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tiba bagi mendengar keputusan rayuan Peguam Negara berkaitan semakan kehakiman mengenai titah adendum di Istana Kehakiman, Putrajaya. Foto MUHAIMIN MARWAN, 13 OGOS 2025

Anwar Periksa Percetakan dan Terjemahan Al-Quran Dalam Bahasa Rusia

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melihat tulisan Al Quran dalam bahasa Rusia pada Majlis Pelancaran Percetakan dan Terjemahan Al-Quran Bahasa ke-30 (Bahasa Rusia), Pelancaran Mushaf al-Ummah dan Peluncuran Kontena Penghantaran Al-Quran di Kompleks Nasyrul Quran, Putrajaya. Foto MUHAIMIN MARWAN, 8 OGOS 2025

Hari Keempat Pencarian Lelaki OKU Hilang, PGA Turun Padang

Pasukan Gerakan Am (PGA) melakukan pencarian pada hari keempat berhubung kes kehilangan seorang lelaki tempatan yang berstatus orang kelainan upaya (OKU) ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Bukit Tabur, Selangor. Foto MUHAIMIN MARWAN, 05 OGOS 2025.

Operasi Mencari Lelaki OKU Hilang di Bukit Tabur

Anggota bomba dan polis melakukan pencarian pada hari ketiga berhubung kes kehilangan seorang lelaki tempatan yang berstatus orang kelainan upaya (OKU) ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Bukit Tabur, Selangor. Foto MUHAIMIN MARWAN, 4 OGOS 2025

Gelagat Ahli-Ahli Parlimen di Dewan Rakyat

Ahli Parlimen Pendang, Datuk Awang Hashim hadir pada Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Parlimen ke-15 di Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur. Foto MUHAIMIN MARWAN, 28 Julai 2025.

Anwar Turun Pertandingan Akhir Bahas Piala Perdana Menteri

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan hadiah Johan bagi kategori Bahasa Melayu kepada pelajar Sekolah Agama Persekutuan Kajang pada Pertandingan Akhir Bahas Piala Perdana Menteri ke-50 tahun 2025 di PICC, Putrajaya. Foto MUHAIMIN MARWAN, 26 JULAI 2025