Muhaimin Marwan
Ibu Kota Kuala Lumpur #Jerebu
Orang awam memakai pelitup muka melintasi menara berkembar KLCC berikutan keadaan jerebu ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di sekitar Kuala Lumpur. Foto MUHAIMIN MARWAN, 24 JULAI 2025.
PM di Perhimpunan Bulanan Bersama Warga MOF
Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim diiringi Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying berikrar dengan warga MOF pada Perhimpunan Bulanan Kementerian Kewangan di MOF, Putrajaya. Foto MUHAIMIN MARWAN, 24 JULAI 2025
Perhimpunan Agung Parti Pejuang Tanah Air 2025
Pengerusi Parti Pejuang, Tun Dr Mahathir Mohamad (tengah) dan Presiden Parti Pejuang, Datuk Seri Mukhriz Mahathir (sembilan dari kanan) bergambar bersama perwakilan pada Perhimpunan Agung Parti Pejuang Tanah Air 2025 di IDCC, Shah Alam. Foto MUHAIMIN MARWAN, 19 JULAI 2025
Bantah Nick Adams
Peserta mengoyakkan poster wajah Nick Adams ketika berhimpun bagi membantah pelantikan beliau sebagai calon Duta Amerika Syarikat ke Malaysia, di hadapan Kedutaan Besar Amerika Syarikat, Kuala Lumpur. Foto MUHAIMIN MARWAN, 18 JULAI 2025
Pencuci Bangunan Tinggi
Pekerja pembersihan mencuci bangunan tinggi serta tingkapnya ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di Putrajaya. Foto MUHAIMIN MARWAN, 15 JULAI 2025
Pengamal Undang-Undang Sertai Perarakan Mempertahankan Kebebasan Kehakiman
Sebahagian pengamal undang-undang dan ahli pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang menyertai Perarakan Demi Mempertahankan Kebebasan Kehakiman dari perkarangan Istana Kehakiman, Putrajaya ke Pejabat Perdana Menteri. Foto MUHAIMIN MARWAN, 14 JULAI 2025
Solat Jumaat Pertama di Surau Madani R&R Seremban
Imam surau, Shafie Rajiman (kanan) menunaikan solat jumaat bersama para jemaah buat pertama kali di Surau Madani di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Seremban (Arah Selatan), yang merupakan surau pertama negara di lebuhraya yang menyediakan kemudahan itu untuk orang ramai khususnya masyarakat Islam. Foto MUHAIMIN MARWAN, 04 JULAI 2025
Sambung Reman – Suspek Bunuh Pelajar
Tiga suspek disambung reman tujuh hari berhubung kes pembunuhan seorang pelajar universiti swasta di Cyberjaya di Kompleks Mahkamah Sepang. Foto MUHAIMIN MARWAN, 3 JULAI 2025.
Abang Iskandar Hari Terakhir Sebagai Presiden Mahkamah Rayuan
Reaksi Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Abang Iskandar Abang Hashim berjalan keluar pada hari terakhir berkhidmat sebagai Presiden Mahkamah Rayuan di Istana Kehakiman, Putrajaya. Foto MUHAIMIN MARWAN, 02 JULAI 2025.
Zahid Rasmi Pameran dan Persidangan Pertahanan, Keselamatan Siber
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi ketika melawat pameran selepas Majlis Perasmian Pameran dan Persidangan Pertahanan dan Keselamatan Siber di PICC, Putrajaya. Foto MUHAIMIN MARWAN, 01 JULAI 2025.
















