Noraini Razak
Kes saman fitnah selesai, Mazlan mohon maaf kepada Anwar
Mazlan, yang membacakan kenyataan maaf itu secara terbuka di kandang saksi berkata beliau memohon maaf kepada Anwar, selaku plaintif dalam kes saman itu dan memberi jaminan tidak akan menyiarkan laporan sama atau yang seumpamanya berkaitan plaintif.
SPRM tangguh papar senarai harta Menteri dan anggota Parlimen
Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Mohd Shukri Abdull berkata penangguhan itu dibuat memandangkan semua anggota kabinet dan anggota Parlimen belum genap tiga bulan tempoh perkhidmatan mereka.
Najib selesai bayar wang jamin RM3.5 juta
Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang menghadapi 25 pertuduhan jenayah telah selesai membayar wang jaminan berjumlah RM3.5 juta yang diperintahkan oleh Mahkamah Sesyen di sini.
Rogol remaja 13 tahun bergilir-gilir, 9 ditahan
Polis menahan sembilan lelaki bagi membantu siasatan kes seorang remaja perempuan berusia 13 tahun dipercayai dirogol bergilir-gilir di Kampung Kurnia Jaya, Kamunting dan Taman Tekkah Permai, Aulong sejak 18 hingga 25 Sept lepas.
Kerajaan berharap dapat kurangkan hutang dalam tempoh satu ke dua tahun
Kerajaan Malaysia yang baru dipilih berharap dapat mengurangkan sejumlah besar hutang negara dalam tempoh satu atau dua tahun lagi, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di sini pada Khamis.
Isa Samad sudah hantar surat keluar UMNO dua hari lepas
Bekas menteri besar Negeri Sembilan, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad memberitahu, beliau telah menulis surat kepada UMNO Bahagian Teluk Kemang untuk berhenti daripada menjadi ahli UMNO dua hari lepas.
Lelaki amuk, ugut isteri guna parang dan bom di Kluang
Seorang lelaki berusia 40 tahun yang juga bekas kakitangan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) ditahan polis kerana mengamuk dan mengugut isterinya di sebuah rumah di Taman Kluang Indah, dekat sini, semalam.
Levi: RM10,000 mungkin masuk saku orang tengah
Orang tengah telah menawarkan 'pakej diskaun' kepada majikan yang mahu melanjutkan permit pekerja asing terlatih, tetapi cuba mengelak bayaran levi sebanyak RM10,000 seorang setiap tahun.
Keanggotaan Mohd Isa dalam UMNO lucut secara automatik
Keanggotaan bekas menteri besar Negeri Sembilan Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad dalam UMNO secara automatik terlucut jika menjadi calon bebas dan bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson.
Hakim Mahkamah Syariah Terengganu tegur pihak pertikai bidang kuasa
Hakim Syarie Terengganu Rosdi Harun menegur segelintir pihak yang dilihat mempertikaikan bidang kuasa dan hukuman yang dijatuhkan terhadap pesalah syariah di negeri ini oleh Mahkamah Syariah Terengganu.

















