Sadiq Sani
Anwar Ceria Dengan Pelajar UCSI
Gelagat ceria Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menyaksikan persembahan nyanyian dari pelajar-pelajar Fakulti Muzik UCSI pada Program Temu Anwar dan Peluncuran Pembinaan Bangunan Baharu Universiti UCSI, Kuala Lumpur. Foto SADIQ SANI, 28 APRIL 2026.
Ketua Pengarah Jupem Mengaku Tidak Bersalah Dua Pertuduhan
Ketua Pengarah Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (Jupem), Datuk Hazri Hassan keluar dari mahkamah sesyen selepas mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan menggunakan kedudukan untuk suapan berjumlah RM136,115 di Mahkamah Kuala Lumpur. Foto SADIQ SANI, 22 APRIL 2026.
Polis Berjaya Tumpaskan Sindiket Dadah Fentanyl dan Methamphetamine
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Hussein Omar Khan menunjukkan cecair jenis Fentanyl yang diisi ke dalam kartrij vape pada sidang media berkaitan kejayaan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman menumpaskan sindiket dadah di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur. Foto SADIQ SANI, 16 APRIL 2026.
Solidariti Untuk Iran
Gambar wajah 168 kanak-kanak yang syahid akibat serangan Amerika Syarikat-Israel ke atas sebuah sekolah di Iran dipamerkan pada Penyerahan Cek Sumbangan dari Solidariti Masyarakat Malaysia kepada Kerajaan Iran di Pusat Kebudayaan Republik Iran, Kuala Lumpur. Foto SADIQ SANI, 16 APRIL 2026.
Hujan #KualaLumpur
Pejalan kaki berjalan sambil menggunakan payung pada waktu hujan ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di sekitar Chow Kit, Kuala Lumpur. Foto SADIQ SANI, 15 APRIL 2026.
PM Rasmi Kompleks Akademi Sepaktakraw Malaysia
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim diiringi Menteri Belia dan Sukan, Dr Mohammed Taufiq Johari dan Presiden Persatuan Sepak Takraw Malaysia, Datuk Mohd Sumali Reduan melakukan gimik Perasmian Akademik Sepaktakraw Malaysia di Kuala Lumpur. Foto SADIQ SANI, 14 APRIL 2026.
Vivy Yusof dan Suami Hadir Perbicaraan Kes di Mahkamah KL
Pengasas platform e-Dagang FashionValet, Datin Vivy Yusof dan suaminya, Datuk Fadzarudin Shah Anuar bagi perbicaraan kes pecah amanah membabitkan dana pelaburan Khazanah dan PNB berjumlah RM8 juta di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. Foto SADIQ SANI, 13 APRIL 2026.
Ops Pemandu Mabuk di Jalan Sultan Azlan Shah
Polis menahan pemandu dibawah pengaruh alkohol pada sekatan Operasi Pemandu Mabuk Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) di Jalan Sultan Azlan Shah, Kuala Lumpur. Foto SADIQ SANI, 12 APRIL 2026.
Fahmi Fadzil Hadir Program TikTok Shop Raya
Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil diiringi timbalannya, Teo Nie Ching menyampaikan anugerah kepada pencipta kandungan popular, Khairulaming pada Program TikTok Shop Raikan Raya 2026 di MITEC, Kuala Lumpur. Foto SADIQ SANI, 08 APRIL 2026.
Azam Baki Tenang ‘Diserang’ Wakil NGO
Beberapa individu yang dipercayai wakil NGO menimbulkan kekecohan dengan memegang plakad ketika Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Tan Sri Azam Baki sedang menyampaikan ucapan pada Program Wacana Ilmiah Perdana di WTCKL, Kuala Lumpur. Foto SADIQ SANI, 07 APRIL 2026.

















