Saturday, April 27, 2024
Home Penulis Artikel Oleh Tun Abdul Hamid Mohamad

Tun Abdul Hamid Mohamad

28 Artikel 0 Komen

Percayalah doktrin ‘basic structure’ akan digunakan untuk membatalkan kesalahan syariah

Atas asas tersebut, mereka akan menghujahkan bahawa Perkara 11 adalah sebahagian daripada basic structure, oleh itu peruntukan dalam Senarai II, Jadual Kesembilan (Senarai Negeri) yang bercanggah dengan Perkara 11 adalah tak sah dan batal.

Politik dalam pelantikan hakim-hakim Malaysia

Kita telah melihat, semasa Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak dan Tun Hussein Onn menjadi PM, boleh dikatakan tidak ada campur tangan politik dalam pelantikan dan kenaikan pangkat hakim-hakim. Kekananan dihormati.

Patutkah pegawai penyelidik ditugaskan menggubal alasan penghakiman hakim?

Semasa saya menjadi Ketua Hakim Negara, saya terbaca biodata seorang Penolong Kanan Pendaftar (sekarang Hakim Mahkamah Persekutuan) yang dengan megahnya (saya tidak salahkan beliau) menyenarai sebanyak 21 kes di mana beliau menggubal penghakiman untuk hakimnya.

Badan kehakiman diugut: Pandangan sebelah lagi

Ambil perhatian bahawa dakwaan Raja Petra itu bukanlah dakwaan umum terhadap Badan Kehakiman. Ia adalah dakwaan terhadap hakim tertentu. Kenapa badan kehakiman harus melompat membelanya?

Pak Pandir Moden atau political genius?

Saya khuatir, tindakan UMNO itu akan menyerah balik kerajaan yang diperolehi daripada PH itu kepada PH semula. Jika itu berlaku, Datuk Seri Zahid Hamidi dan Ahli-Ahli MKT yang menyokongnya bertanggungjawab kepada bangsa Melayu. Mereka adalah Pak Pandir Moden.

Proklamasi darurat: Wajibkah YDPA mengikut nasihat PM?

Soalannya, mangambil kira reaksi keseluruhan rakyat Malaysia itu, ditambah dengan hujah-hujah undang-undang yang saya telah berikan, tidakkah sepatutnya kita terima amalan baru yang dicipta oleh YDPA ke XVI itu dan kebebasan baginya membuat keputusan itu?

Darurat atau “gentlemen’s agreement”: Mana lebih baik?

Sehingga suatu tarikh yang sesuai untuk mengadakan PRU-15 atau paling lewat enam bulan. Ahli-ahli Parlimen tidak mengemukakan undi tidak percaya terhadap TS Muhyiddin.

Tidak ada PM Interim dalam Perlembagaan

Ia adalah kerana tidak ada seorang pun Ahli Parlimen yang mendapat sokongan majoriti mudah untuk dilantik sebagai Perdana Menteri termasuk Muhyiddin.

Adakah UMNO keluar PN kerana marah Najib didapati bersalah?

Oleh itu tidak timbul isu UMNO keluar dari PN. Memanglah PN bukan sebuah parti politik berdaftar seperti BN, tetapi ia adalah satu perikatan, pakatan atau kumpulan beberapa buah parti termasuk UMNO yang menubuh kerajaan pusat selepas mengambil alih kuasa daripada kerajaan PH dan perikatan, pakatan atau kumpulan itu dikenali sebagai PN. Kerajaannya pun dikenali sebagai kerajaan PN, berbeza dengan kerajaan PH.

Campur tangan pemimpin politik dalam keputusan mahkamah

Perdana Menteri yang mula sekali menyebabkan hakim-hakim yang lebih kanan dilangkau dan yang lebih junior dilantik ke jawatan yang lebih tinggi adalah Tun Dr. Mahathir Mohamad.