Anggota Parlimen Bachok Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kerana mengotakan janji untuk memberi royalti petroleum kepada Kelantan.
Nik Mohamad Abduh

KUALA LUMPUR – Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Nik Abduh Nik Aziz menafikan sekeras-kerasnya dakwaan beliau mengaku menerima wang daripada UMNO seperti rakaman suara yang mengaitkannya tersebar sejak kebelakangan ini.

Ahli Parlimen Pasir Pas itu berkata, dakwaan rakaman ucapannya itu karut dan fitnah kepadanya dan pemimpin Pas tidak terlibat dalam perkara yang diharamkan dalam Islam termasuk memakan rasuah politik.

“Ia (rasuah politik) hanya sampah yang tidak layak dimakan kecuali oleh pelahap fitnah seperti PAN (Parti Amanah Negara) dan sekutunya.

“Saya menafikan sekeras-kerasnya, berdoa semoga Allah menimpakan balasan segera ke atas para pelakunya kecuali mereka segera bertaubat kepada-Nya,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Sebelum itu, ramai pihak termasuk mendesaknya membuat penjelasan berhubung dakwaan yang sama.- MalaysiaGazette

Nik Abduh mengaku Pas ambil duit UMNO?