Presiden Parti Progresif Penduduk (MyPPP), Tan Sri M. Kayveas (dua kanan) bercakap kepada media semasa mempengerusikan Mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi MyPPP di Wisma MyPPP, Petaling Jaya. foto FAREEZ FADZIl, 24 NOVEMBER 2017

KUALA LUMPUR – Komponen Barisan Nasional (BN), MyPPP di dakwa berkemungkinan besar mengambil langkah drastik untuk keluar dari BN berikutan rasa kecewa hampir 600,000 anggotanya yang merasakan kehadiran mereka tidak dihargai.

Ini terbukti apabila kerusi Parlimen Cameron Highlands yang pada satu ketika dulu dijanjikan kepada parti itu kemudian menjadi milik MIC pada Pilihan Raya Umum ke-14 ini.

Menurut sumber parti itu, kekecewaan itu berikutan kerja keras oleh Presiden MyPPP, Tan Sri M Kayveas selama lebih tiga tahun dengan lebih 600 program di anjurkan bagi memastikan kemenangan besar kerajaan BN.

Jelasnya, selain daripada program, setiap permasalahan yang di hadapi oleh warga Cameron Highlands juga telah di selesaikan dengan keringat sendiri memandangkan MIC sibuk menangani konflik parti mereka.

DAP pula selepas kalah terus menghilang sehingga muncul baru-baru ini ketika dekat tarikh PRU-14.

“MIC tiada masa ketika untuk jaga warga Cameron Highlands. Jangan tipu kata anda ada di sini. Calon yang disebut-sebut juga sebenarnya hanya ‘payung terjun’ yang pernah kalah besar sebelum di Perak.

“Tiada siapa yang peduli dengan nasib serta perjuangkan nasib penduduk Cameron Highlands sebaliknya presiden kami (Kayveas)  telah bertungkus lumus. Ketika itu tidak pula sebut mahu berikan kami kerusi Segambut?

“Ini bukan soal kerusi lagi. Kami dalam MyPPP menerusi Kayveas telah banyak menabur jasa dan bakti untuk kerajaan BN. Jangan asyik kata MIC sahaja bela nasib masyarakat India. Walaupun parti kami terdiri dari pelbagai kaum, hakikatnya kami juga banyak menyumbang.

“Tetapi kurang dari sebulan, kami di minta bertanding di sebuah kerusi yang sukar dan di dominasi oleh DAP di Segambut? Mengapa tidak dari awal lagi? Sudah tentu Kayveas dan kami juga sudah turun padang dan mungkin merealisasikan kemenangan itu.

“Jasa kami seolah-olah di pandang sepi. Kehadiran kami untuk kemenangan serta perjuangan untuk rakyat tidak di hargai. Mungkin ada cakap-cakap dan rancangan untuk keluar dari komponen tetapi semua itu belum dimuktamadkan. Cukuplah,” katanya kepada Malaysia Gazette hari ini.

Tambah sumber itu, sebuah mesyuarat juga dijangka akan diadakan bagi membincangkan isu ini dalam masa terdekat.

Sementara itu, ketika dihubungi Malaysia Gazette Kayveas hanya memberitahu pihaknya tidak akan sesekali menyokong atau menyertai pembangkang walaupun sebelum ini ada ‘ajakan’ sedemikian.

“Apapun, kita lihat keputusan Presiden BN, Datuk Seri Najib Tun Razak. Kami akan teruskan khidmat kami di Cameron Highlands sampai bila-bila. Tidak ada apa-apa perubahan. Kami ikhlas. Saya adalah anak jati Cameron Highlands dan itu adalah rumah saya.

“Masyarakat di situ memerlukan perkhidmatan MyPPP, mereka di biarkan terkontang kanting untuk beberapa lama ketika orang lain sibuk dengan krisis dan agenda masing-masing. Masyarakat di situ tahu siapa sebenarnya yang bekerja,” ujarnya.-MalaysiaGazette

Kayveas tak dapat C. Highlands, tolak jadi calon Segambut

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast