Kecewa nama Datuk Seri Ong Ka Chuan tidak tersenarai sebagai calon di Tanjung Malim bagi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), sekumpulan 500 pengundi dari kawasasan tersebut berhimpun di hadapan pintu masuk utama Bangunan Perdana Putra mendesak supaya pemimpin tersebut dicalonkan. 

PUTRAJAYA – Kecewa nama Datuk Seri Ong Ka Chuan tidak tersenarai sebagai calon di Tanjung Malim bagi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), sekumpulan 500 pengundi dari kawasasan tersebut berhimpun di hadapan pintu masuk utama Bangunan Perdana Putra mendesak supaya pemimpin tersebut dicalonkan.

Bagi mereka, Ka Chuan layak untuk terus dipilih sebagai calon kerana personalitinya yang menyenangkan dan sentiasa berkhidmat kepada penduduk pelbagai bangsa menyebabkan pengundi di kawasan itu menyenangi beliau.

Ka Chuan yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri II menang di kerusi berkenaan dengan majoriti 4,328 undi  menewaskan Tan Yee Kew dari PKR.

Pengerusi MCA Perak yang juga Exco Kerajaan Negeri Perak, Datuk Dr. Mah Hang Soon dicalonkan di kerusi Parlimen Tanjung Malim bagi PRU14. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

Comments are closed.