Nervous but I dont want to change Mohamad Sabu style, kata Menteri Pertahanan

67
0

Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu memulakan tugas pertamanya sebaik tiba di Wisma Pertahanan, pada jam 9.30 pagi.

Beliau menerima tabik hormat pada kawalan kehormat utama di Padang Kawad Dataran Wisma Pertahanan.

Kawalan kehormat utama itu membabitkan 106 pegawai dan lain-lain pangkat yang diketuai Mejar Juniusabdiah Shah Putra Janny dari 1 Rejimen Askar Melayu DiRaja (1RAMD).

Mohamad Sabu kemudian mengadakan perjumpaan dengan Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi dan Panglima Angkata Tentera Malaysia (ATM), Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor. – MalaysiaGazette