KUALA LUMPUR – Pegawai Khas kepada Menteri Kewangan, Tony Pua mengeluarkan pendirian yang bercanggah dengan Menteri Kerja Raya, Baru Bian berhubung jumlah pampasan pemansuhan tol.
Ahli Parlimen Damansara itu berkata, jumlah RM400 bilion yang disebut Baru Bian adalah tidak benar dan yakin ia lebih rendah daripada jumlah itu dan kerajaan perlu membuat pengiraan semula.
“Angka RM400 bilion itu adalah angka kerajaan dahulu ambil kira pampasan konsesi termasuk keuntungan masa depan.
“Buat masa ini kita tiada rancangan untuk buat begitu (ambil alih konsesi). Kita akan bayar pampasan tertakluk pada kadar yang termaktub dalam kontrak iaitu kos bina lebuh raya tidak termasuk keuntungan masa depan.
“Sebab itu jumlah ambil alih tol tidak akan dekat (mencecah) dengan RM400 bilion,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di lobi Parlimen namun enggan mengulas lanjut kenyataan Baru Bian (Selangau-PH).
Tony (Damansara – PH) berterima kasih kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang menamakannya sebagai individu yang sepatutnya bertanggungjawab untuk menghapuskan tol.
“Terima kasih atas keyakinan Datuk Seri Najib Razak kepada saya dan saya akan menghulurkan segala cadangan kepada pihak berkenaan,” katanya. -MalaysiaGazette
TERKINI : Perlu Nilai Semula Mansuhkan Tol : Tony Pua
Pampasan mansuh tol bukan RM400 bilion, perlu hitung semula – Tony Pua
Hapus tol: Cakap mudah, tapi nak laksana rumit
Najib cadang Tony Pua diberi tugas hapuskan tol
Kerajaan PH akui bukan mudah mansuhkan tol RM400b – Baru Bian