Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim diiringi Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (kiri) dan Yang Dipertua NCWO, Prof Emeritus Tan Sri Dr Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin (kanan) hadir pada majlis Makan Malam NCWO Sempena Sambutan Hari Wanita Ke-56 di Dewan Perdana FELDA, Kuala Lumpur. foto SYAFIQ AMBAK, 24 OGOS 2018

KUALA LUMPUR – Pendaftaran bagi Caruman Sukarela Insentif Suri (i-Suri) terus mendapat perhatian ramai apabila sehingga sehingga semalam, sejumlah 4,365 suri rumah sudah mendaftar program tersebut.

Menurut Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, pelaksanaan skim khusus untuk wanita itu bukan sekadar untuk melaksanakan janji manifesto PH, namun lebih daripada itu.

“Pelaksanaan skim untuk melaksanakan janji dalam manifesto kerajaan, tetapi lebih daripada itu untuk menjaga kemaslahatan wanita terutamanya bagi golongan suri rumah.

“Kerajaan percaya wanita sentiasa memberi sumbangan kepada pembangunan negara sama ada secara lansung atau tidak termasuk golongan golongan rumah,” katanya dalam ucapan sempena Majlis Santapan Malam Wanita 2018 di Dewan Perdana Felda sebentar tadi.

Hadir mencemar duli, Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan, Tuanku Zara Salim.

Tambah Wan Azizah, jumlah pendaftaran itu didapati meningkat seramai 1,076 orang sejak pendaftarannya itu dibuka pada 15 Ogos lalu.

“Kerajaan memandang serius dan komited dalam memastikan kebajikan wanita sentiasa terjaga di Malaysia,” tambah Wan Azizah.

Dalam program iSuri ini, suri rumah, balu dan ibu tunggal berdaftarkan di Pangkalan Data Kemiskinan Nasional (eKasih) boleh menyertai i-Suri dan membuat caruman minimum RM5 setiap bulan ke akaun simpanan persaraan mereka bagi melayakkan menerima insentif kerajaan RM40 setiap bulan yang dimasukkan ke akaun KWSP masing-masing.

Sejumlah 221,890 suri rumah, 98,536 balu dan 28,116 ibu tunggal layak mendapat skim berkenaan. -MalaysiaGazette