Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Pembangunan Usahawan dan Industri Asas Tani Melaka Norhizam Hassan Baktee berkata video yang ditularkan tentang dirinya tidak menjelaskan isu sebenar jalan pintas Kampung Pulau Nibong-Taman Akasia yang ditutup demi keselamatan rakyat.
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Pembangunan Usahawan dan Industri Asas Tani Melaka Norhizam Hassan Baktee berkata video yang ditularkan tentang dirinya tidak menjelaskan isu sebenar jalan pintas Kampung Pulau Nibong-Taman Akasia yang ditutup demi keselamatan rakyat.
MELAKA – Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Pembangunan Usahawan dan Industri Asas Tani Melaka Norhizam Hassan Baktee berkata video yang ditularkan tentang dirinya tidak menjelaskan isu sebenar jalan pintas Kampung Pulau Nibong-Taman Akasia yang ditutup demi keselamatan rakyat.

Beliau berkata video yang tular di laman sosial itu hanyalah sebahagian kecil daripada perbincangan dan penjelasan yang dilakukannya dengan penduduk di kawasan tersebut berhubung isu itu, namun bahagian terutama fakta sebenar tentang penutupan jalan itu tidak disebarkan.

“Yang disebarkan hanyalah sisi buruk saya, sisi saya mendengar atau memuji, menyokong atau membantu penduduk kampung tidak pula disebarkan, tidak mengapa.

“Saya terima dan akur kerana saya sedia maklum, itulah sifat sebenar manusia yang lebih terarah menggali keburukan berbanding mengangkat kebaikan,” katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.

Saya tak nak cakap dengan orang tak sekolah, tegas ADUN Pengkalan Batu

Video berdurasi dua minit, 26 saat yang tular di laman sosial mengudang kritikan negatif terhadap Norhizam sehingga beliau dilabelkan sebagai ‘YB Kurang Ajar’ oleh netizen.

Norhizam berkata kontroversi tersebut berlaku ketika beliau hadir ke Taman Akasia sekitar 8.45 pagi tadi bagi berbincang dan memberi penjelasan kepada penduduk terbabit, namun beliau secara tiba-tiba telah ‘diserang’ sekumpulan individu yang menyoalnya dengan soalan-soalan panas.

Katanya pihak berkuasa tempatan (PBT) telah lama bercadang untuk menutup jalan milik Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) itu kerana ia boleh mengacam keselamatan pengguna jalan raya.

“Tetapi atas persetujuan bersama dan demi kemudahan penduduk kampung sekitar, jalan tersebut dibuka dengan syarat pengguna perlu mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan.

“Bagaimanapun, ia tidak berlaku dan amat dikesali, kemalangan sama ada motosikal dan kereta semakin kerap berlaku, kecurian harta benda juga kerap berlaku hingga membawa kepada laporan polis oleh mangsa yang merupakan penduduk di Taman Akasia,” katanya.

Beliau berkata paling membimbangkan motosikal dipandu terlalu laju hingga membahayakan nyawa warga emas dan kanak-kanak selain pertambahan kenderaan di jalan itu yang turut membahayakan penduduk Taman Akasia.

“Justeru, penyelesaiannya adalah menutup jalan berkenaan seperti yang dipersetujui MPHTJ (Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya) bersama jabatan serta agensi-agensi berkaitan lain,” katanya.

– BERNAMA