TERKINI : “Kami Memang Tahu Dia Akan Menang” – Tun Mahathir

Tun Dr Mahathir Mohamad tahu Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menang dalam Pilihan Raya Kecil Parlimen Port Dickson Sabtu lalu.

Perdana Menteri berkata, beliau gembira kerana Anwar bukan sekadar menang tetapi mencatatkan kejayaan yang besar dalam mengetepikan kesemua enam pesaingnya termasuk Pas.

“Kami memang tahu dia (Anwar) akan menang”.

“Sebab apabila berlaku persaingan tujuh penjuru undi pembangkang akan pecah kepada enam”.

“Maka tentunya yang ketujuh akan menang. Anwar menang besar tentunya saya gembira,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.