Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak (dua kanan) berucap diiringi calon BN PRK N.24 Semenyih, Zakaria Hanafi (kanan) pada Program Jom Santai Bersama #Bossku sempena Pilihan Raya Kecil N.24 Semenyih di Flat Bandar Tasek Kesuma, Semenyih, Selangor. foto SYAFIQ AMBAK, 17 FEBRUARI 2019

KUALA LUMPUR – Kita melihat populariti Datuk Najib Razak sekarang semakin meningkat berbeza sangat semasa beliau menjadi Perdana Menteri dahulu.

Sokongan kepadanya kali ini nampak lebih ikhlas walaupun sebelum itu Najib tidak terkecuali dengan ‘sumpah seranah’ orang ramai termasuk warganet.

Adakah status sebagai bekas PM, tidak memegang apa-apa jawatan utama dalam UMNO menjadikan auranya bak magnet ataupun ‘kepetahan’ menjawab isu-isu berkaitan dasar kerajaan sekarang menarik minat ramai.

Beliau bukan sahaja aktif di media sosial malah disambut meriah apabila turun padang terutama selepas fenomena tagline ‘Malu Apa Bossku’ menjadi tular selepas PRK Parlimen Cameron Highlands.

Persoalannya apakah sokongan kepada Najib itu genuine?

Adakah ia sekadar berkumpul beramai-ramai untuk memeriahkan suasana atau sudah menjadi trend kepada bekas pemimpin yang bertukar status menjadi pembangkang ‘dijulang’ rakyat?

Tinjauan Malaysia Gazette di Bandar Tasek Kesuma kelmarin cuba mencari jawapan kepada persoalan itu.

Semasa kehadiran Najib tidak kurang 1,000 orang berkumpul menanti kehadirannya dalam program ‘Santai Bersama Najib’ sehingga menenggelamkan sambutan kempen Pakatan Harapan (PH) tidak jauh dari kawasan itu.

Hasilnya, rata-rata pengundi yang ditemui kagum dengan fenomena Najib dan mengaku memberi sokongan terhadap Ahli Parlimen Pekan itu.

Seorang pengundi, Abdullah Kechik, 55, mengaku secara sukarela untuk turun ke program itu walaupun tanpa paksaan ataupun sebarang imbuhan.

MGF17022019_JOM SANTAI BERSAMA BOSSKU20
Penduduk, Abdullah Kechik bercakap pada Program Jom Santai Bersama #Bossku sempena Pilihan Raya Kecil N.24 Semenyih di Flat Bandar Tasek Kesuma, Semenyih, Selangor. foto SYAFIQ AMBAK, 17 FEBRUARI 2019

Menurut beliau, dirinya sendiri mahu merasakan bahang dek fenomena ‘Malu Apa Bossku’ yang sinonim dengan bekas Presiden UMNO itu.

“Sekarang terma ‘bossku’ itu sudah semakin popular, sebelum Najib guna sebenarnya sudah popular di Sabah.

“Saya sokong Najib daripada dulu lagi. Sebab saya orang UMNO, jadilah macam mana pun tetap darah UMNO. Tidak ada orang upah saya sokong Najib,” katanya.

Kehadiran Najib nyata mencuri perhatian lebih 1,000 penduduk yang memilih untuk mendengar ceramah BN berbanding PH yang dihadiri kurang 100 orang di kawasan flat Bandar Tasek Kesuma.

“Kali ini sokongan terhadap Najib memang ramai. Mungkin mereka sudah sedar dan buka mata. Rakyat pun sudah tahu dan sedar mengenai warna sebenar PH.

“Kali ini mungkin BN (Barisan Nasional) akan menang di Semenyih,” demikian menurut Saiful Nizam Abdul Razak pula.

MGF17022019_JOM SANTAI BERSAMA BOSSKU21
Penduduk, Saiful Nizam Abdul Razak bercakap pada Program Jom Santai Bersama #Bossku sempena Pilihan Raya Kecil N.24 Semenyih di Flat Bandar Tasek Kesuma, Semenyih, Selangor. foto SYAFIQ AMBAK, 17 FEBRUARI 2019

Bagi Rosliza Ibrahim pula, beliau menyokong Najib mengenangkan jasa dan pelbagai inisiatif yang telah dilaksanakan oleh pemerintahan Najib sebelum ini.

Rosliza mengaku mendapat pelbagai manfaat daripada kerajaan terdahulu antaranya Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang membantu beliau meringankan beban kos sara hidup.

MGF17022019_JOM SANTAI BERSAMA BOSSKU22
Penduduk, Rosliza Ibrahim bercakap pada Program Jom Santai Bersama #Bossku sempena Pilihan Raya Kecil N.24 Semenyih di Flat Bandar Tasek Kesuma, Semenyih, Selangor. foto SYAFIQ AMBAK, 17 FEBRUARI 2019

“Untuk tagline ‘bossku’ tidak ada salah sebab dia pernah memimpin Malaysia. Mana yang elok kita ambil jadi panduan, yang tidak elok itu tak payah ikut.

“Bagi saya, ramai yang masih bagi sokongan kepada dia (Najib) tapi atas diri masing-masing,” katanya.

Dalam pada itu, Mohd. Subahi Rasid pula mendapati sokongan terhadap Najib semakin hari semakin bertambah dari masa kesemasa.

MGF17022019_JOM SANTAI BERSAMA BOSSKU23
Penduduk, Mohd Subahi Rasid bercakap pada Program Jom Santai Bersama #Bossku sempena Pilihan Raya Kecil N.24 Semenyih di Flat Bandar Tasek Kesuma, Semenyih, Selangor. foto SYAFIQ AMBAK, 17 FEBRUARI 2019

Mana tidaknya, semakin ramai rakyat didakwa sudah membuka mata mereka dengan janji-janji palsu kerajaan PH yang masih tidak ditunaikan.

“Sokongan terhadap Najib semakin bertambah, saya undi pun sudah semakin meningkat kepada BN. Insya Allah boleh menang.

“Saya datang sokong tahap sebarang imbuhan, sukarela,” katanya.

Biar pun terma ‘Malu Apa Bossku’ boleh disifatkan sekadar hiburan semata-mata namun ia dilihat mampu ‘mencuri’ undi pada PRK Semenyih pada 2 Mac ini. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast