Salinan cek yang didakwa pembayaran RM1,4 juta daripada Datuk Seri Abdul Hadi Awang kepada Clare Rewcastle-Brown.

KUALA LUMPUR – Dokumen sulit mengenai bayaran RM1.4 juta termasuk salinan cek daripada Pas kepada  Clare Rewcastle-Brown didedahkan oleh Editor Sarawak Report itu malam tadi.

Clare mendakwa bayaran tersebut merupakan sebahagian daripada persetujuan untuk menyelesaikan saman Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di luar mahkamah.

Dalam artikel terbaharu bertajuk Time To Clear The Air On The Pas Payment To Sarawak Report, beliau memberitahu, bayaran tersebut bukan diperintahkan mahkamah kerana ia sudah dibuat kepada peguam yang mewakili Sarawak Report iaitu Americk Sidhu.

pas1Clare berkata, pihaknya bersetuju supaya perkara melibatkan pembayaran itu dirahsiakan sebagaimana yang disyaratkan oleh Abdul Hadi bagi mengelak pihak yang mengeluarkan wang berasa aib.

Beberapa gambar salinan dokumen berkaitan, termasuk perjanjian rahsia, sekeping cek Bank Islam dan sepucuk surat kepada Maybank yang mengesahkan wang bernilai RM1.4 juta itu datang daripada Abdul Hadi.

sarawakKelmarin Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu beliau mempunyai bukti yang Abdul Hadi membayar RM1.4 juta kepada Clare.

Bagaimanapun dakwaaan Anwar itu disanggah beberapa pemimpin Pas. – MalaysiaGazette
Artikel berkaitan: