KUALA LUMPUR- Projek kontroversi pembinan Landasan Rel Pantai Timur (ECRL) akan diteruskan oleh kerajaan apabila Perjanjian Suplemen (SA) di antara Malaysia Rail Link Sdn. Bhd. (MRL) dan China Communications Construction Company Ltd. (CCCC) dimeterai.
Bagaimanapun, kos pembinaan fasa satu dan dua projek berkenaan diturunkan kepada RM44 bilion.
Ia merupakan penjimatan sebanyak RM21.5 bilion berbanding kos asal RM65.5 bilion.
“Penjimatan ini pastinya akan memberi manfaat kepada rakyat Malaysia dan mengurangkan beban kewangan negara.
“Butiran lanjut mengenai perjanjian ini akan diberikan semasa sidang media Isnin nanti,” kata kenyataan pendek Pejabat Perdana Menteri di sini hari ini.
Kenyataan itu menamatkan teka-teki projek berkenaan selepas ia ditanguhkan oleh kerajaan. – MalaysiaGazette
Artikel berkaitan: TERKINI : Rundingan ECRL Malaysia China Akan Dimuktamadkan! – Azmin Ali
Guan Eng bayangkan berita gembira ECRL untuk penduduk N. Sembilan
Rundingan ECRL diputus sedikit masa lagi