TERKINI : PECAT PENJAWAT AWAM! – Khalid Samad

Penjawat awam perlu menerima realiti mereka kini berkhidmat dengan ‘ketua’ yang baharu dalam kerajaan, kata Khalid Samad.

Menteri Wilayah Persekutuan itu berkata, mereka kini dalam fasa pembaharuan selepas lebih 60 tahun dibentuk oleh cara kepimpinan kerajaan terdahulu.