GAMBAR FAIL : Bangunan Mahkamah Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Shah Alam, Selangor. foto AFFAN FAUZI, 28 MAC 2019

SHAH ALAM – Mahkamah Koroner hari ini menolak permohonan untuk memanggil semula dua saksi pakar daripada Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Koroner, Rofiah Mohamad ketika menjelaskan keputusannya berpuas hati dengan keterangan yang telah diberikan oleh Dr. Ahmad Hafizam Hasmi dan Datuk Dr. Mohd Shah Mahmood sebelum ini.

Tambah beliau, sekiranya saksi berterusan untuk menyanggah keterangan individu lain maka prosiding inkues akan berlanjutan.

“Kitaran ini akan berterusan dan inkues tidak akan sampai ke penamat sedangkan koroner ada tanggungjawab memastikan inkues diselesaikan dalam tempoh yang munasabah.

“Saya berpuas hati akan kecukupan keterangan di hadapan saya bagi membehkan saya mencapai keputusan kematian Adib (Muhammad Adib Mohd Kassim) justeru permohonan atau cadangan pegawai pengendali memanggil sekali (saksi) 24 dan (saksi) 27 (sekiranya ada keperluan) untuk memberikan keterangan adalah ditolak,” katanya.

Menegaskan tujuan utama inkues adalah untuk menentukan punca kematian Muhammad Adib pada 17 Disember tahun lalu, koroner berkata, prosiding tersebut berbeza dengan proses perbicaraan.

Malah uji menurutnya mahkamah tidak memberi arahan untuk  saksi-24 membuat uji kaji baharu bagi menguatkan keterangannya.

“Dalam inkues tiada siapa yang mendakwa dan didakwa. Dalam inkues tiada pihak yang menanggung beban (untuk) membuktikan kenyataan.

“Inkues bukan perbicaraan hanya prosiding siasatan bagi mencari punca kematian.

“Eksperimen baharu ini telah dijalankan pada 12 April pun begitu tiada perkembangan baru, oleh itu eksperimen ini mengukuhkan penemuan  sedia ada mereka dan dibentangkan di hadapan koroner,” tambahnya.

Terdahulu, pasukan pegawai pengendali  inkues ini membuat permohonan memanggil semula dua saksi pakar namun dibantah oleh Peguam Kementerian Perumahan Kerajaan Tempatan (KPKT) Syazlin Mansor.

Maklum tentang keputusan tersebut, Timbalan Pendakwa Raya Hamdan Hamzah bagaimanapun akan membuat rayuan terhadap semakan keputusan Mahkamah Koroner hari ini.

Sebutan  semula rayuan di peringkat Mahkamah Tinggi ditetapkan pada 10 Mei 2019.

Saksi ke-29 yang merupakan bekas pakar Forensik Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) Prof. Dr. Shahrom Abd Wahid berkata kecederaan Adib disebabkan dihentak perusuh kuil Sri Maha Mariamman ke pintu EMRS. -MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

 

https://malaysiagazette.com/blog/2019/04/22/inkues-adib-panggil-semula-pakar-forensik-buang-masa/