TERKINI : ZAKIR NAIK | Ini Soal Isu, Bukan ‘kalau’! KDN Belum Terima Permohonan Rasmi

Kementerian Dalam Negeri (KDN) masih tidak menerima sebarang permohonan rasmi daripada Kerajaan India berhubung keputusan Mahkamah India hari ini yang mengarahkan pendakwah terkenal, Dr Zakir Naik hadir ke mahkamah pada 31 Julai ini.

Menterinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pihaknya tidak akan membuat sebarang tindakan termasuk melakukan ekstradisi ke atas Zakir sebelum mendapat permohonan rasmi daripada Kerajaan India.