Kamaruzaman Mohamad

KUALA LUMPUR – Pas menempelak tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang akan menemui Perdana Menteri berhubung keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam terhadap Wan Ji Wan Hussain.

Anwar Ibrahim dilihat cuba menggunakan badan eksekutif untuk mempengaruhi badan kehakiman dalam melaksanakan tanggungjawab mereka apabila Ahli Parlimen Port Dickson itu menyifatkan keputusan mahkamah tidak selari dengan peralihan demokratik.

Ketua Penerangan PAS, Kamaruzaman Mohamad berkata, parti itu mahu badan kehakiman bebas daripada tangan-tangan politik kotor.

Selain Anwar Ibrahim, Setiausaha Politik Lim Kit Siang turut mempersoal tindakan Jabatan Peguam Negara yang dikatakan bertentangan dengan polisi Pakatan Harapan (PH) yang mahu Akta Hasutan dimansuhkan.

“Adakah mereka mahu supaya Jabatan Peguam Negara mengikut kehendak politik mereka dan membakul sampahkan kedaulatan undang-undang?,” soalnya.

Kamaruzaman berkata, Pas menganggap perbuatan Wan Ji sangat biadab dan perbuatan menghina dan menanam kebencian terhadap Institusi Diraja semakin teruk sejak pembentukan kerajaan baharu di bawah PH.

Tindakan berat harus dikenakan terhadap pesalah sebagai langkah pencegahan.

“Kebebasan bersuara adalah hak yang dijamin di dalam Perlembagaan Persekutuan tetapi ia dihadkan dan tidak mutlak. Jika semua orang menyalahgunakan hak tersebut maka negara akan menjadi huru hara.

“Pemimpin PH menunjukkan sikap sebenar dengan membela gerakan menghina dan cubaan untuk menghapuskan institusi diraja yang menjadi teras Perlembagaan.

“Mereka mahu membela kebiadapan Wan Ji dan mendesak supaya Akta Hasutan dimansuhkan. Pada masa yang sama, tindakan mereka secara tidak langsung menghina keputusan mahkamah yang telah diputuskan,” katanya. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here

Comment moderation is enabled. Your comment may take some time to appear.