Dua buah kenderaan bertembung membabitkan kedua-dua pemandunya maut dalam nahas di Pekan hari ini.

PEKAN – Dua pemandu maut termasuk seorang jururawat yang memandu Perodua Axia yang tamat cukai jalan dalam satu kemalangan di sini hari ini.

Satu lagi mangsa adalah seorang lagi lelaki yang memandu kereta Proton Saga.

Ketua Polis Daerah Pekan, Superintendan Mohd Zaidi Mat Zin berkata, kedua-dua mangsa meninggal dunia di lokasi nahas di Jalan Salong-Chini dalam insiden pukul 8.30 pagi.

Dalam kemalangan itu,  kedua-dua kereta bertembung sehingga membabitkan kematian Noridah Abdul Jalal, 49, dan Azmi Nujaini, 42, dari Tawau, Sabah yang bekerja sendiri.

”Hasil semakan mendapati  lesen kenderaan motor (LKM) kenderaan Axia telah tamat tempoh sejak lima hari lalu iaitu mati pada 29 Februari 2024.

“Hasil siasatan awal mendapati, wanita yang memandu Axia dari arah Salong menghala ke Chini manakala mangsa lelaki yang dipercayai oleh dari arah Chini menghala ke Salong.

“Apabila sampai di tempat kejadian, kereta yang dipandu oleh wanita hilang kawalan dan lalu melanggar kenderaan yang dipandu oleh lelaki itu yang berada di lorong bertentangan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kedua-dua mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Pekan untuk proses bedah siasat.

Kes masih dalam siasatan lanjut di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. – MalaysiaGazette