Tag: 302 Kanun Keseksaan
Lelaki Culik dan Bunuh Kekasih Tangan Bergari Ke Mahkamah
Tertuduh, Lai Jai Loon dibawa ke mahkamah untuk didakwa atas dua pertuduhan menculik dan meminta wang tebusan serta membunuh mangsa culik tersebut yang merupakan teman wanita tertuduh di Kompleks Mahkamah Kajang, Selangor. Foto HAZROL ZAINAL, 11 OKTOBER 2022.
Isteri Upah Lelaki Samun dan Bunuh Suami Tangan Bergari Ke Mahkamah
Suspek wanita yang didakwa mengupah empat lelaki untuk menyamun dan membunuh suaminya dengan 14 tikaman tiba di Mahkamah untuk didakwa ketika di Mahkamah Majistret Klang. Foto MOHD ADZLAN, 23 SEPTEMBER 2022.
Remaja Tekup Muka Kekasih Hingga Maut Dihadapkan Ke Mahkamah
Tertuduh, Amirul Amin Amirruddin, 19 (tengah) yang menekup muka teman wanitanya dengan bantal sehingga mati di Kampung Pandan Klang pada 24 Ogos lalu dibawa untuk didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan ketika di Mahkamah Masjistret Klang. Foto MOHD ADZLAN, 30 OGOS 2022.
Mekanik Pukul Isteri Hingga Maut Didakwa di Mahkamah Kajang
Tertuduh, Mohd Syawalludin Ismail dibawa ke mahkamah untuk didakwa atas kesalahan membunuh isterinya sehari sebelum Aidilfitri akibat berang hubungan sulit dimuat naik di media sosial di Kompleks Mahkamah Kajang, Selangor. Foto HAZROL ZAINAL, 09 MEI 2022.
Suspek Bunuh dan Bakar Penyelia Kedai Buku Dihadap ke Mahkamah
Anggota polis membawa seorang pengawal keselamatan yang merupakan suspek utama kes bunuh dan bakar seorang wanita di sebuah sekolah menengah di Bandar Tun Razak pada 12 Mac lalu tiba di mahkamah untuk didakwa di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. Foto HAZROL ZAINAL, 23 MAC 2022.
Sidang Media JSJN Selangor Tumpaskan Sindiket Pengedaran Dadah
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Selangor, Ahmad Jefferi Abdullah menunjukkan dadah dan barangan membuat dadah yang dirampas selepas kejayaan polis dalam menumpaskan sindiket pengedaran dadah di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor, Shah Alam. Foto AMIRUL SHAUFIQ 18 FEBRUARI 2022.
PDRM Rampas Dadah Bernilai RM5.08j
Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Yahaya Othman menunjukkan barang rampasan dadah bernilai RM5.08 juta selepas sidang media mengenai kejayaan menumpaskan satu sindiket pengedaran dadah yang didalangi oleh warganegara asing dan tempatan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 31 JANUARI 2022.
Enam Suspek Pukul Pemandu e-Hailing Hingga Maut Didakwa di Mahkamah KL
Sebuah trak polis dipercayai membawa enam suspek ke mahkamah untuk didakwa susulan membelasah seorang pemandu e-hailing hingga maut di sebuah pusat hiburan di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 12 JANUARI 2022.
Enam Suspek Termasuk Dua Remaja Bunuh Ah Long Didakwa di Mahkamah
Enam individu termasuk dua remaja menghadapi tuduhan dan bersubahat membunuh seorang ah long diiringi anggota polis ketika di Mahkamah Majistret Klang. Foto MOHD ADZLAN, 23 NOVEMBER 2021.
Suspek Bunuh Wanita Indonesia Dihadap ke Mahkamah
Seorang warganegara Pakistan, Hashmat Khan dibawa ke mahkamah bagi menghadapi pertuduhan membunuh seorang wanita pada 25 September lalu di Mahkamah Majistret Bandar Baru Bangi, Selangor. Foto HAZROL ZAINAL, 11 OKTOBER 2021.
















