Tag: 3r
Bersatu sifatkan pertuduhan terhadap Muhyiddin amat luar biasa
Mesyuarat Khas Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) memutuskan untuk teguh berdiri di belakang presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Muhyiddin mengaku tidak bersalah pertuduhan sentuh 3R, sebut perkataan menghasut
Mengikut pertuduhan, Muhyiddin yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) didakwa melakukan perbuatan itu di kawasan lapang berhampiran Dewan Semai Bakti Felda Perasu di sini, dan didapati telah menyebut perkataan menghasut antara pukul 10.30 malam hingga 11.50 malam, 14 Ogos lepas.
Muhyiddin tiba di mahkamah untuk pendakwaan 3R
Ketibaan Muhyiddin yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) pada 8.43 pagi, diiringi beberapa pemimpin tertinggi PN antaranya Setiausaha Agung Datuk Seri Hamzah Zainudin dan Ketua Penerangan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
UMNO tak gelar sesiapa sebagai ‘dajal’ – Azalina
Azalina yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) berkata, UMNO sebelum ini tidak pernah undur dalam mempertahankan maruah dan hak orang Melayu.
Kertas siasatan Muhyiddin diserah kepada AGC hari ini
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain ketika dihubungi berkata, setakat ini polis telah merakam keterangan daripada 66 saksi untuk membantu siasatan lanjut dalam kes tersebut.
Isu Muhyiddin: Bersatu panik, cuba salahkan orang lain
Malah, beliau turut menyifatkan Muhyiddin seolah-olah sudah jatuh ditimpa tangga apabila bukan hanya Perikatan Nasional (PN) kalah pada PRK Nenggiri, sebaliknya kini turut disiasat polis.
Bersatu teliti secara halus isu libatkan Muhyiddin – Hamzah
Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, parti itu memberikan kepercayaan sepenuhnya kepada Muhyiddin selaku Presiden Bersatu dan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) bahawa beliau akan menghormati lunas perundangan dengan hadir memberikan keterangan kepada pihak berkuasa esok.
Isu 3R: ADUN PN Pahang junjung titah supaya Muhyiddin disiasat secara...
Ketua Pembangkang PN Pahang yang juga Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, pihaknya meletakkan keyakinan sepenuhnya kepada polis bagi menjalankan tugas mereka.
Tak sepatutnya berlaku pemimpin politik sentuh isu 3R – Puteri UMNO
Kenyataan ketika kempen PRK Nenggiri tidak sepatutnya dibuat kerana seolah-olah digunakan sebagai bahan kempen semata-mata untuk memenangi hati pengundi demi kepentingan politik peribadi.
Pihak berkuasa pandang serius titah murka Tengku Hassanal terhadap Muhyiddin
Siasatan yang dibuat adalah wajar bagi melihat tindakan yang perlu terhadap bekas perdana menteri itu.
















