Tag: Agong
Agong, Raja Permaisuri zahir takziah pemergian Zolkples Embong
Seri Paduka berdua turut menzahirkan rasa sedih dengan pemergian Zolkples dan berharap seluruh keluarga Allahyarham sabar serta tabah menghadapi dugaan itu.
Khidmat Acryl Sani dilanjutkan 2 tahun lagi
Khidmat Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani sebagai Ketua Polis Negara (KPN) dilanjutkan secara kontrak selama dua tahun bermula 4 Oktober ini sehingga 3 Oktober 2023.
Bekas banduan dipenjara kali ketiga hina Agong
Seorang bekas banduan yang tidak pernah serik keluar masuk penjara kerana menghina Yang di-Pertuan Agong (YDPA) di media sosial, dipenjara setahun dan denda RM20,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas kesalahan sama.
Agong, Permaisuri adakan lawatan khas ke UK mulai hari Jumaat
Menurut Wisma Putra, secara keseluruhan lawatan khas itu melambangkan kepentingan hubungan erat antara Malaysia dan United Kingdom dimanifestasikan di peringkat pemerintahan tertinggi negara.
Titah Agong tutup spekulasi politik pihak tertentu – MP Rompin
Dalam masa yang sama, Hasan berpendirian kenyataan YDPA itu merupakan permulaan untuk kerajaan baharu melangkah ke hadapan, sekali gus melengkapkan proses kestabilan politik.
Agong receives hundreds of letters from the people
Yang di-Pertuan Agong shared His Majesty’s experience of receiving hundreds of letters from the people during the Covid-19 pandemic
Agong terima ratusan surat rintihan penuh duka rakyat
Nasihat beta kepada semua ahli yang berhormat; jangan sama-sekali meletakkan masa depan negara dan rakyat beta sebagai taruhan dalam percaturan untuk mencapai agenda tertentu.
Agong ‘jual’ tiga pantun sebagai nasihat
Kalau memandang langit yang tinggi,
Jangan dilupa rumput di bawah;
Bekerjalah Yang Berhormat sepenuh hati;
Martabatkan negara kembali bermaruah.
Tahniah untuk atlet negara, petugas barisan hadapan – Agong
Pada kesempatan ini, beta ingin merakamkan ucapan tahniah di atas kejayaan para atlet negara di Temasya Sukan Olimpik dan Paralimpik Tokyo yang telah berjuang mengharumkan nama negara dengan berbekalkan sokongan dan doa dari seluruh rakyat Malaysia.
Agong rasmi istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen ke-14
Keberangkatan tiba Seri Paduka pada 10 pagi disambut Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob; Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Rais Yatim dan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun.

















