Foto Facebook Bernama TV.

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah tiba di Bangunan Parlimen pagi ini bagi Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen ke-14.

Keberangkatan tiba Seri Paduka pada 10 pagi disambut Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob; Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Rais Yatim dan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun.

Serentak dengan ketibaan Al-Sultan Abdullah, lagu ‘Negaraku’ dimainkan sebelum Seri Paduka berangkat ke Bilik Rehat Diraja.

Seri Paduka kemudian akan menyampaikan Titah Diraja.

Menurut takwim di laman rasmi Parlimen, persidangan Dewan Rakyat akan berlangsung selama 17 hari dan berakhir pada 12 Oktober manakala Dewan Negara menyambung persidangan dari 4 hingga 26 Oktober depan.

Persidangan Parlimen ditangguhkan sejak awal tahun ini ekoran pandemik COVID-19 yang turut menyaksikan perisytiharan darurat untuk seluruh negara pada 12 Januari dan berkuat kuasa hingga 1 Ogos dalam usaha mengekang penularan wabak itu.

Bagaimanapun, Ahli Parlimen bertemu pada sidang khas Dewan Rakyat, mesyuarat yang diadakan semasa Majlis dalam tangguhan pada 26 Julai lalu.

Namun, sidang khas yang sepatutnya berlangsung selama lima hari itu ditangguhkan selepas empat hari bersidang susulan perkembangan kes positif Covid-19 berlaku di Parlimen. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast