Tag: banjir
10 Jajahan Di Kelantan Diramal Banjir #MGFlash
Lembangan sungai utama di 10 jajahan di Kelantan dijangka berlaku banjir bermula 16 hingga 19 Disember ini.
Amaran hujan berterusan di empat negeri
Jabatan Meteorologi berkata, kawasan terlibat hujan berterusan itu di Perak ialah di Hulu Perak serta Jerantut, Maran, Kuantan, Pekan dan Rompin di Pahang.
18 kawasan di Hulu Terengganu diramal banjir Isnin ini
Kira-kira 18 Kawasan yang terletak dalam lingkungan lima kilometer radius Sungai Telemong dan Sungai Tersat di Hulu Terengganu dijangka dilanda banjir mulai 16 hingga 19 Disember 2024.
Kor Ming rayu pembangkang tidak politikkan bencana banjir
Kor Ming berkata, kerajaan telah menggerakkan bantuan banjir dan menggesa agar semua pihak memberi tumpuan membantu rakyat yang terjejas akibat banjir, khususnya di Kelantan dan Terengganu.
Mangsa Banjir Berkurangan Di Terengganu #MGFlash
Keadaan banjir di Terengganu semakin pulih dengan 80 mangsa daripada 16 keluarga sahaja yang masih berada di pusat pemindahan sementara (PPS) setakat jam 8.00 pagi tadi.
Kos Baiki Jalan Dan Cerun Berjumlah RM312.1 Juta #MGFlash
Kos baik pulih jalan Persekutuan, negeri dan cerun di seluruh negara yang terjejas akibat banjir gelombang pertama setakat kelmarin mencecah RM312.1 juta.
Jumlah mangsa banjir di Perak meningkat petang tadi
Di PERAK, jumlah mangsa banjir meningkat kepada 225 orang daripada 67 keluarga melibatkan penduduk Perak Tengah dan Manjung berbanding 34 orang pagi tadi.
Kelantan rugi RM30 juta banjir gelombang pertama
Jumlah itu merupakan anggaran awal kerosakan harta benda dan infrastruktur termasuk enam atau tujuh sekolah di bawah Yayasan Islam Kelantan (YIK) yang terkesan akibat banjir.
Tersentuh tragedi banjir di Kelantan, Najib sedih tidak berdaya membantu
Ketika banjir besar melanda negeri itu pada 2013 dan 2014, UMNO menggerakkan bantuan komuniti segera untuk membantu mangsa banjir dan beliau sendiri `turun padang' bagi meninjau kawasan yang terjejas teruk.
RM312.1 juta kos baiki jalan rosak akibat gelombang pertama MTL
Bagi jalan Persekutuan kita memerlukan kos pembaikan berjumlah RM247 juta diikuti cerun jalan Persekutuan (RM40.3 juta) manakala bagi jalan negeri pula (RM24.8 juta),”kata Alexander.

















