Tag: bekas perdana menteri
Najib Razak di Hari Kedua Rayuan Akhir
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di Mahkamah Persekutuan bagi menghadiri prosiding kes rayuan akhirnya berkaitan sabitan dan hukuman penjara penyewelengan dana SRC International Sdn Bhd (SRC) di Istana Kehakiman, Putrajaya. Foto HAZROL ZAINAL, 16 OGOS 2022.
Najib Selesai Hari Pertama Rayuan Akhir Kes SRC International
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hadir ke Mahkamah Persekutuan pada hari pertama prosiding rayuan akhir bagi kes penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd di Istana Kehakiman, Putrajaya. Foto HAZROL ZAINAL, 15 OGOS 2022.
Penyokong #BebasBossku di Pekarangan Istana Kehakiman
Seorang penyokong memakai lilitan kepala yang tertera ‘Bebas Bossku’ sebagai tanda sokongan terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak susulan prosiding rayuan akhir bagi kes penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd di Istana Kehakiman, Putrajaya. Foto AMIRUL SHAUFIQ, 15 OGOS 2022.
Najib Razak Tenang Hadir Rayuan Akhir Kes SRC International
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hadir ke Mahkamah Persekutuan pada hari pertama prosiding rayuan akhir bagi kes penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd di Istana Kehakiman, Putrajaya. Foto HAZROL ZAINAL, 15 OGOS 2022.
MGNews: Tun Abdullah Muncul Di MAHA 2022
Beliau hadir pada jam 10 pagi dengan ditemani isterinya, Tun Jeanne Abdullah.
Tun Abdullah lawat MAHA2022
Kedua-dua mereka mengadakan lawatan di Laman Ternakan MAHA2022 yang antaranya mempamerkan Lembu Sado atau lembu hibrid yang mempunyai berat lebih 900 kilogram.
Tun Abdullah Lawat Laman Ternakan di MAHA 2022
Bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi bersama isterinya, Tun Jeanne Abdullah meluangkan masa melawat Laman Ternakan sempena Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2022 di MAEPS Serdang, Selangor. Foto HAZROL ZAINAL, 10 OGOS 2022.
Tun Mahathir Tubuh Gabungan Politik Orang Melayu ‘Gerakan Tanah Air’
Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Tun Dr. Mahathir Mohamad bergambar dengan (dari kanan) Presiden Parti Perikatan India Muslim Nasional (IMAN), Datuk Mohammed Mosin Abdul Razak, Presiden Parti Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa), Zamani Ibrahim, Presiden Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan Presiden Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA), Datuk Dr. Ibrahim Ali serta yang lain pada sidang media khas mengenai penubuhan gabungan parti-parti gagasan baharu yang dinamakan Gerakan Tanah Air di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya. Foto HAZROL ZAINAL, 04 OGOS 2022.
Tun M Bersama Warga Kampung Sungai Baru
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad selepas Program Negarawan bersama Warga Kampung Baru di Saloma Link, Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 31 JULAI 2022.
Reaksi Rafizi Selepas Selesai Lapor Polis Terhadap Najib
Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli diiringi Ahli Parlimen Sentiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad keluar dari balai polis selepas membuat laporan polis berhubung isu tuntutan waris kesultanan Sulu ke atas Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Balai Polis Sentiawangsa, Kuala Lumpur. Foto MUHD NA'IM, 19 JULAI 2022.

















