Tuesday, September 29, 2026
Home Tag Bencana

Tag: bencana

Suasana Banjir Kampung Tersang

Pemandangan udara keadaan sebuah kampung yang ditenggelami air banjir termenung ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di Kampung Tersang, Rantau Panjang, Kelantan. Foto SADIQ SANI, 05 DISEMBER 2024

CIMB tawar bantuan kepada pelanggan terjejas banjir

CIMB Group Holdings Berhad (CIMB) menawarkan pelepasan bayaran pinjaman dan pembiayaan untuk enam bulan bagi pelanggan individu dan perniagaan yang terjejas akibat banjir.

MetMalaysia keluar amaran hujan berterusan sehingga esok

Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan sangat lebat berterusan tahap bahaya sehingga esok kepada seluruh negeri Terengganu serta 10 daerah di Kelantan iaitu Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai.

Jumlah mangsa banjir meningkat, Kelantan paling ramai

Bilangan terkini mangsa banjir yang dipindahkan mencecah seramai 39,677 orang dengan 12,107 keluarga kini ditempatkan di 345 pusat pemindahan sementara (PPS) di enam negeri.

Jumlah Korban Di Valencia Cecah 155 Nyawa #MGFlash

Jumlah korban akibat bencana ribut dan banjir di bahagian timur Sepanyol kini meningkat hampir sekali ganda. Dua hari selepas usaha mencari dan menyelamat dilakukan, sekurang-kurangnya 158 orang dilaporkan maut dalam kejadian pada Khamis lalu.

Semua sasaran global diambil kira dalam Dasar Pengurangan Risiko Bencana Negara

Nadma sentiasa memastikan langkah-langkah pengurusan bencana yang diambil adalah relevan dengan cabaran semasa.

Contohi Jepun hadapi bencana alam

Jepun telah mengambil kira sekecil-kecil tindakan di dalam sistem tersebut sehingga penelitian terhadap proses menyelamat yang lebih besar seperti mengambil kira jumlah populasi penduduk bagi setiap pusat pemindahan, kaedah pemindahan dari suatu tempat ke tempat yang lain serta memastikan terdapat kepelbagaian di dalam kaedah berhubung antara satu sama lain.

NDRC UMS sedia kolaborasi bersama agensi

NDRC UMS mengalu-alukan kunjungan daripada KKM serta hasrat untuk meneroka peluang kolaborasi dalam bidang yang berkaitan dengan pengurusan bencana negara terutamanya di Sabah.

Insiden Tanah Jerlus

Orang awam melihat anggota bomba menyambung operasi mencari dan menyelamat (SAR) wanita warga India yang hilang dalam insiden tanah jerlus pada hari keempat di Jalan Masjid India, Kuala Lumpur. Foto AIZAT ZAINAL, 26 OGOS 2024

Aktiviti Peniaga Sekitar Masjid India

Peniaga menjalankan aktiviti perniagaan seperti biasa walaupun operasi mencari dan menyelamat seorang mangsa tanah jerlus warga India masih dijalankan ketika tinjauan MalaysiaGazette di sekitar Jalan Masjid India, Kuala Lumpur. Foto SADIQ SANI, 26 OGOS 2024