Tag: cukai
Kompaun tertunggak RM11.3 juta, MBJB buru pemilik kenderaan
Datuk Bandar Johor Bahru A Rahim Nin berkata tunggakan itu adalah dari bulan Mei hingga Disember 2016 lalu membabitkan 367,000 notis kompaun di bawah Undang-Undang Kecil Perintah Lalu-Lintas Jalan (Peruntukan Tempat Letak Kereta) MBJB.
Malaysia terus patuhi piawaian cukai antarabangsa
“Pelaksanaan inisiatif ini, yang diterajui oleh OECD adalah sangat penting kerana ia bertujuan untuk merapatkan jurang sedia ada yang membolehkan keuntungan dipindahkan kepada negara yang mengenakan cukai rendah atau tidak mengenakan sebarang cukai," kata Kementerian Kewangan.
Cukai eksport minyak kelapa sawit naik
Malaysia akan menaikkan kadar cukai eksport bagi minyak kelapa sawit mentah kepada 7.5 peratus pada Februari berbanding 7 peratus pada bulan ini. -MPOB
Pengecualian cukai bagi institusi keagamaan kekal
Kementerian Kewangan akan mengeluarkan suatu perintah pengecualian di bawah seksyen 127 Akta Cukai Pendapatan 1967 bagi mengecualikan semua jenis pendapatan institusi keagamaan yang berdaftar di bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia atau di bawah mana-mana undang- undang bertulis yang mengawal selia institusi tersebut.
Singapura wujud status cukai penduduk
Mulai 1 Januari lalu, Singapura melaksanakan pematuhan Piawaian Laporan Bersama (CRS), satu standard dipersetujui di peringkat antarabangsa yang membolehkan negara-negara secara automatik bertukar-tukar data kewangan bagi tujuan cukai.
Sistem merit nilai pertubuhan bukan bermotif keuntungan
Pertubuhan bukan bermotif keuntungan yang gagal menyerahkan laporan kewangan berdepan risiko kehilangan pengiktirafan pengecualian cukai.











