Friday, March 29, 2024
Home Tag DAILY LIFE

Tag: DAILY LIFE

Daily Life | Cahaya Tanglung Curi Tumpuan

Kelihatan pengunjung berswafoto bersama tanglung berwarna-warni yang menghiasi pusat membeli-belah pada Festival Tanglung semasa tinjauan lensa Malaysia Gazette di Sunway Putra Mall, Kuala Lumpur. foto SYAFIQ AMBAK, 08 SEPTEMBER 2019

KL Daily Life 2019

Seorang pengunjung tidak melepaskan peluang melihat gambar-gambar pameran pada Majlis Pelancaran Buku dan Pameran My Journey By Bus di RexKL, Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 03 SEPTEMBER 2019.

Daily Life | Football Freestyle

Jason Lee menunjukkan kemahirannya melakukan "freestyle" sewaktu menimbang bola dikhalayak orang ramai ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Bukit Bintang, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 02 SEPTEMBER 2019

Daily Life – #HariKebangsaanKe62

Kelihatan pengguna laluan pejalan kaki melintasi lukisan mural Jalur Gemilang yang menghiasi dinding laluan pejalan kaki sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-62 yang bakal tiba tidak lama lagi ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di sekitar Kuala Lumpur. foto IQBAL BASRI, 26 OGOS 2019

Daily Life – Jalur Gemilang #HariKebangsaan62

Kelihatan seorang lelaki berjalan melepasi dua bendera Jalur Gemilang yang digantung pada jejantas ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette sempena Hari Kemerdekaan ke- 62 bakal tiba tidak lama lagi di sekitar kawasan Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 25 OGOS 2019

Daily Life – Jalur Gemilang

Sebahagian kakitangan Kerajaan Negeri Selangor bergambar bersama Jalur Gemilang pada Majlis Perhimpunan Bulanan Jabatan-Jabatan Kerajaan Negeri Selangor di Bangunan SUK, Shah Alam, Selangor. foto FAREEZ FADZIL, 19 OGOS 2019

Daily Life – ‘Junggling Show’

Nita Janille menunjukkan kebolehannya melakukan persembahan "junggling" dikhalayak orang ramai ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Bukit Bintang, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 17 OGOS 2019

Daily Life – Kuala Lumpur #2019

Kelihatan dua orang pekerja buruh bekerja berlatar belakangkan Menara Kuala Lumpur ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di sekitar Kuala Lumpur. foto IQBAL BASRI, 16 OGOS 2019

Daily Life – Bulan Kemerdekaan #JalurGemilang

Refleksi dua orang pelancong berswafoto berlatar belakangkan bangunan yang dihiasi dengan Jalur Gemilang sempena Hari Kemerdekaan yang akan disambut tidak lama lagi ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. foto IQBAL BASRI, 16 OGOS 2019

Daily Life – Ibu Kota KL Umpama di Dhaka, Bangladesh

Kelihatan warga asing yang turut mengambil kesempatan bersiar-siar sempena hari raya Aidiladha ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di sekitar Kuala Lumpur. foto SYAFIQ AMBAK, 12 OGOS 2019