Tag: DAILY LIFE
PBAKL 2023 #DailyLife
Orang ramai tidak melepaskan peluang bersama ahli keluarga membanjiri Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) sempena musim cuti sekolah ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Pusat Dagangan Dunia, Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 28 MEI 2023.
‘Distinguished Gentleman’s Ride’ Gabung Pencinta Motosikal
Gelagat 400 penunggang motosikal berkumpul pada 'Distinguished Gentleman's Ride' acara global yang menggabungkan berpakaian rapi dengan menunggang motosikal klasik dan vintaj ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Sekitar Kuala Lumpur. Foto MUHD NA’IM, 21 MEI 2023.
Kerbau Berkubang #CuacaPanas
Sekumpulan kerbau berkubang bagi menyejukkan badannya berikutan cuaca panas yang melanda susulan suhu di beberapa daerah di Negeri Sembilan dijangka mampu mencapai suhu maksimum iaitu 34C dan tidak akan mengalami hujan sepanjang hari seperti yang dimaklumkan cuaca ramalan MetMalaysia hari ini ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Rantau, Negeri Sembilan. Foto MUHD NA’IM, 13 MEI 2023.
Fenomena Bahang di Jempol
Pesawah menenguk air minuman bagi menghilang dahaga selepas seharian melakukan kerja-kerja membajak dalam keadaan cuaca panas ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette berikutan fenomena bahang dan cuaca panas di tahap 1 (berjaga-jaga) dengan suhu maksimum harian antara 35C hingga 37C sekurang-kurangnya tiga hari berturut-turut di Jempol, Negeri Sembilan. Foto MUHD NA’IM, 02 MEI 2023.
Suasana Meriah Berbuka Puasa di Dataran Putrajaya
Suasana meriah orang ramai mengambil kesempatan meluangkan masa bersama keluarga untuk berbuka puasa pada bulan ramadan ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Dataran Putrajaya. Foto MOHD ADZLAN, 15 APRIL 2023.
Ramadan 1444H #DailyLife
Pelajar tahfiz tekun membaca ayat suci al-Quran bagi mengambil peluang beribadah pada hari ketujuh bulan Ramadan ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Masjid Jamek Kampung Baru, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 29 MAC 2023.
Pelajar Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah #Ramadan
Pelajar tahfiz tekun membaca ayat suci al-Quran bagi mengambil peluang beribadah pada bulan Ramadan ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Darul Quran Ittifaqiyah, Kuala Lumpur. Foto HAZROL ZAINAL, 26 MAC 2023.
Fenomena Gelinciran Planet Zuhrah Dengan Bulan
Pemandangan bulan yang dilihat luar biasa pada malam ini dengan satu cahaya kecil di bahagian sebelah kiri yang merupakan fonomena gelinciran planet Zuhrah dengan bulan ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Putrajaya. Foto HAZROL ZAINAL, 24 MAC 2023.
Operasi Menyelamat Pengemis Di Bandaraya Kuala Lumpur
Sebahagian pengemis pendatang asing yang berjaya ditahan pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JPN) dalam Operasi Pembasmian Aktiviti Pengemisan ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Sekitar Kuala Lumpur. Foto MUHD NA’IM, 21 MAC 2023.
Pusat Pemindahan Sementara di Segamat #DailyLife
Penduduk yang terjejas ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) berikutan kejadian banjir akibat hujan berterusan ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Sekolah Kebangsaan Gemereh, Segamat, Johor. Foto AFFAN FAUZI, 05 MAC 2023.

















