Friday, April 26, 2024
Home Tag Datuk seri ismail sabri yaakob

Tag: datuk seri ismail sabri yaakob

PM Pecah Tanah Wisma CUEPACS 2022

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (tengah) menyempurnakan simbolik perasmian Majlis Pecah Tanah Tapak Wisma Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) 2022 sambil diiringi Presiden CUEPACS, Datuk Adnan Mat (kanan) di Presint 18, Putrajaya. Foto MUHD NA’IM, 14 NOVEMBER 2022.

Ismail Sabri Kukur Kelapa Program Sukaneka Keluarga #PRU15

Perdana Menteri yang juga calon Barisan Nasional P.090 Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan calon BN N.37 Guai, Datuk Sabariah Saidin (dua kiri) melakukan kukur kelapa bersama penduduk pada Program Sukaneka Keluarga Kampung Bukit Serdang sempena kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) di Kuala Bera, Pahang. Foto HAZROL ZAINAL, 13 NOVEMBER 2022.

Murah! Karnival Jualan Keluarga Peladang NAFAS Diserbu

Pengerusi Jemaah Pengarah (NAFAS), Datuk Zamri Yaakob (kanan) melakukan gimik jualan murah ayam peladang yang dijual dengan harga RM8 seekor pada Karnival Jualan Keluarga Peladang anjuran Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) di Laman Kerayong, Bera, Pahang. Foto HAZROL ZAINAL, 12 NOVEMBER 2022.

PM Hadir Perasmian Karnival Anak Muda Gegor Bera

Perdana Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob beramah mesra dengan anak muda yang hadir pada Majlis Perasmian Karnival Anak Muda Gegor Bera di Dewan Konvensyen Majlis Daerah Bera, Pahang. Foto HAZROL ZAINAL, 12 NOVEMBER 2022.

PM Ramah Mesra Dengan Warga Parlimen Ayer Hitam #PRU15

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hadir pada Majlis Ramah Mesra bersama warga Parlimen Ayer Hitam sempena kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) di Dewan Balora Suria, Jalan Ros, Ayer Hitam, Johor. Foto AFFAN FAUZI, 09 NOVEMBER 2022.

Ismail Sabri Santai Bersama Penduduk Kampung Bohor Baru #PRU15

Perdana Menteri yang juga calon Barisan Nasional P.090 Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bersama calon BN N.37 Guai, Datuk Sabariah Saidin (tiga kanan) menyantuni masyarakat setempat yang hadir pada Program Kenduri Rakyat bersama Penduduk Kampung Bohor Baru sempena kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) di Bera, Pahang. Foto HAZROL ZAINAL, 08 NOVEMBER 2022.

Tawaran diskaun PTPTN dalam manifesto PN bukan benda baru – Ismail...

Kita yang umumkan dalam bajet siapa yang membayar awal dan membayar sepenuhnya, semuanya ada diskaun yang telah diumumkan.

Masyarakat Orang Asli Gembira Bila PM Datang Masuk Kampung

Perdana Menteri yang juga calon Barisan Nasional P.090 Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob beramah mesra dengan masyarakat orang asli yang hadir pada Program Moh Ngeteh sempena kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) di Kampung Sungai Tuang, Teriang, Pahang. Foto HAZROL ZAINAL, 06 NOVEMBER 2022.

Ismail Sabri Hadir Program Kenduri Rakyat Bersama Komuniti Bandar Kemayan

Perdana Menteri yang juga calon Barisan Nasional P.090 Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bersama calon BN N.39 Kemayan, Khaizulnizam Mohamad Zuldin (kiri) bergambar dengan masyarakat setempat yang hadir pada Program Kenduri Rakyat bersama Komuniti Bandar Kemayan sempena kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) di Kemayan, Pahang. Foto HAZROL ZAINAL, 06 NOVEMBER 2022.

Ismail Sabri Yaakob Calon BN P.090 Bera #PRU15

Perdana Menteri yang juga Calon Barisan Nasional P.090 Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bersama calon-calon BN DUN Kemayan, Guai serta Triang hadir pada hari Penamaan Calon sempena Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) di Dewan Konvensyen Majlis Daerah Bera, Pahang. Foto HAZROL ZAINAL, 05 NOVEMBER 2022.