Ketua Penerangan Pas Pusat, Ir Khairil Nizam Khirudin.

KUALA LUMPUR – Pas menjangkakan cinta palsu yang tiada rasa antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) pasti akan terlerai kerana rumah tangga kedua-dua parti itu kini sedang berantakan, malah pada bila-bila masa boleh runtuh.

Ketua Penerangan Pas Pusat Khairil Nizam Khairudin berkata, jangkaan itu adalah bersandarkan kepada luahan daripada bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang mendakwa kerjasama di antara PH-BN tidak akan berjaya.

“Pas memandang serius perkara ini.

“Ini adalah kenyataan yang benar dan telah dibuktikan dengan kenyataan daripada Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke yang membayangkan tidak akan beri laluan kerusi buat BN di Negeri Sembilan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN).

“Di Selangor, jawatan Ketua Pembangkang diberi kepada UMNO juga dilihat sebagai penghinaan jelas,” katanya dalam satu kenyataan.

Ahli Parlimen Jerantut ini turut berkata, dengan ketiadaan rasa cinta itu, bermakna, tiadalah pengorbanan demi setia kawan.

“Pas melihat cinta palsu antara PH-BN hanyalah kerana kuasa dan jawatan selain mahu menyelamatkan kedudukan kelompok kluster mahkamah, di samping melunaskan hasrat seorang pemimpin yang ‘terlalu’ impikan untuk menjadi Perdana Menteri.

“DAP dan PH sebagai ‘abang long’ telah menggunakan kesempatan menunjukkan belangnya, pasti ramai wakil rakyat UMNO amat tidak selesa seperti yang diluahkan oleh Ismail Sabri, ujarnya lagi.

Jelasnya, Pas turut yakin Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sedang cemas dengan situasi ini, kerajaan madani tanpa cinta ini pasti roboh.

“Lebih mendukacitakan kerajaan madani ini telah pun memangsakan rakyat kerana ketidakstabilan rumah tangga kahwin tanpa rela ini,” katanya.

Sebelum ini, Ismail Sabri yang juga merupakan ahli Parlimen Bera berkata, kerjasama antara PH-BN tidak akan kekal memandangkan kedua-dua parti ini tiada rasa cinta sama ada di peringkat kepimpinan tertinggi mahuupn di peringkat akar umbi. – MalaysiaGazette

4 Komen

  1. Lebai dh macam gila talak pulak.. masih terhegeh2 dgn bekas. Biar la depan dh dah kawen.. biarkan mereka menentukan kehidupan dlm perkahwenan. Tumpu pasangan kawen yg baharu

  2. Bukan cinta palsu da… cinta MENIPU dan cinta selamatkan diri tapi mungkin tidak lama segalanya Allah tunjukkan (pinjam kata-kata Zahid Hamidi ketika menghina PN terbanyak kerusi menjadi pembangkang).
    Welanon Welanon rasa kekal Selamat ke?

  3. SpesiesĀ² PN/PAS bagai diserang “Mental Disoder”..tidak terima kenyataan jadi pembangkang.. berfikiran waraslah demi Negara Malaysia.. jangan bikin memalukan.

Comments are closed.