Friday, March 29, 2024
Home Tag Dr. Fadi

Tag: Dr. Fadi

Pembunuhan Dr Fadi: Polis temui bukti baharu

Polis masih belum terima laporan penuh tetapi kita telah peroleh bukti terbaru seperti jenis senjata yang digunakan, kelongsong peluru yang kita dapati di tempat kejadian dan juga penyewa kepada motosikal besar yang disewa serta homestay yang disewa, kami telah dapat maklumat mengenai itu.

Suspek kes tembak Dr Fadi menetap di Sekitar KL selama tiga...

Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini mendedahkan bahawa dua lelaki warga asing yang dipercayai suspek utama kes pembunuhan imam dan pensyarah warga Palestin Dr Fadi Mohammed Al Batsh pernah mendiami beberapa kawasan di sekitar ibu negara, sejak tiga bulan lepas.

Jenazah Dr. Fadi dibawa balik malam ini

Katanya, pada masa ini keluarga Dr Fadi sedang menunggu jenazah yang akan dibawa keluar dari bilik mayat Hospital Kuala Lumpur dan akan disembahyangkan di Surau Medan Idaman di sini sebelum dibawa ke KLIA.

Suspek bunuh Dr. Fadi masih di Malaysia

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, saksi-saksi mengenal pasti salah seorang daripada dua suspek itu berikutan penemuan sebuah motosikal berkuasa tinggi dengan nombor pendaftaran BKJ 413 di Tasik Danau Kota, pagi semalam.

Duta Palestin yakin Malaysia siasat menyeluruh kematian Dr Fadi

Palestin berkeyakinan penuh bahawa Malaysia akan menyiasat secara menyeluruh kejadian menembak mati pensyarah rakyat Palestin Dr Fadi Mohammed Al Batsh yang dikaitkan dengan elemen asing.

Jenazah Dr Fadi mungkin disemadi di Gaza

Pensyarah warga Palestin yang dibunuh semalam mungkin dikebumikan di tanah airnya selepas ahli keluarga Dr. Fadi M R Albatsh merayu supaya jenazah allahyarham di bawa pulang ke Gaza untuk disemadikan.