Tag: DUN
Pahang lulus RUU Tarekat
Pelaksanaan enakmen ini kelak diharap dapat memberi kesan seperti berikut, amalan tarekat tasawuf dapat dimasyarakatkan dan tidak diamalkan secara sembunyi-sembunyi. - Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.
BN, PH jangka pembahagian kerusi DUN selesai selepas Aidilfitri
Kita kena kenal pasti bagaimana nak buat di sesuatu kawasan atau bahagian itu dan kemudian bila kita selesai bab pembahagian kerusi dan sudah buat keputusan siapa bertanding di mana, selepas itu kita tentukanlah cara nak buat kerja. - Datuk Seri Mahdzir Khalid.
PRN: PN dijangka selesai agihan kerusi DUN Ahad ini
Muhammad Sanusi yang juga Menteri Besar Kedah berkata kerusi-kerusi yang masih belum selesai itu bukanlah “kerusi panas”, tetapi belum dapat diputuskan kerana belum mencapai sepakat.
DUN P.Pinang lulus usul isytihar pengosongan kerusi empat ADUN
Law turut memaklumkan bahawa sesuatu kekosongan luar jangka tidak boleh diisi memandangkan DUN akan terbubar kurang daripada dua tahun.
Empat ADUN PN di P. Pinang tetap hadir persidangan DUN Isnin...
Apa yang dilakukan kerajaan negeri ialah mereka mahu merampas mandat yang sudah ditentukan rakyat, menerusi usul mengosongkan kerusi DUN dan mereka sesuka hati mahu menentukan siapa yang sepatutnya berada di dewan (DUN), sedangkan yang memilih kami adalah rakyat (pengundi). - Dr Afif Bahardin.
Kerusi Batang Kali diisytihar kosong – Speaker DUN Selangor
Ahli Undangan Dewan Negeri (ADUN) Batang Kali, Yang Berhormat (YB) Harumaini Omar didapati tidak hadir tanpa kebenaran tuan speaker pada keseluruhan Persidangan Dewan dari 23 hingga 30 November 2022, 1 hingga 2 Disember 2022 dan 5 hingga 6 Disember 2022. - Ng Suee Lim.
PRN: N. Sembilan cadang bubar DUN 1 Jun ini
Jun bubar, lepas itu terpulang kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) nak buat PRN bila dalam tempoh 60 hari (lepas bubar DUN). - Aminuddin Harun.
DUN Kedah akan bubar selepas 18 Jun – MB
Muhammad Sanusi berkata, beberapa faktor termasuk bulan Ramadan, sambutan Aidilfitri, tempoh ibadah haji serta sambutan Aidiladha menyebabkan pihaknya berpandangan DUN Kedah tidak sesuai dibubarkan ketika ini.
PN tiada perbincangan rasmi dengan PH bubar DUN serentak
Tuan Ibrahim yang ditemui ketika mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) PN di sini malam ini berkata, parti-parti komponen masih lagi berbincang mengenai pengagihan kerusi.
Pas tentukan sendiri tarikh bubar DUN – Abdul Hadi
Katanya, terpulang kepada tiga negeri lain di bawah Pakatan Harapan (PH) iaitu Negeri Sembilan, Selangor dan Pulau Pinang sama ada akan mengikut tarikh yang ditetapkan itu nanti.

















