Tag: Formula SAE Japan 2026
UPM lancar PUTRA 2, wakili Malaysia ke Formula SAE Japan 2026
Universiti Putra Malaysia (UPM) melancarkan kereta lumba Formula SAE, **PUTRA2**, yang dibangunkan oleh 73 pelajar Fakulti Kejuruteraan untuk mewakili Malaysia ke **24th Student Formula Japan 2026** di Jepun pada 2 hingga 7 Ogos ini. Jentera yang mengambil masa 13 bulan untuk disiapkan itu menjadi bukti keupayaan pelajar tempatan mengaplikasikan ilmu kejuruteraan dalam pembangunan teknologi bertaraf antarabangsa. Projek bernilai RM118,787.12 itu turut mendapat sokongan rakan industri dan diharap mampu mengangkat nama Malaysia di pentas global serta melahirkan graduan berkemahiran tinggi dan bersedia menghadapi cabaran industri masa hadapan.








